Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit I

Puisi
 

Naik bukit sebalik bukit,
     Buat tetap pagar anak;
Cari tenggek sapu tangan batik,
     Cari janda belum beranak.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit jadi paya,
     paya jadi bukit.

Bermaksud :

Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
barin[bA.Òin]kata namarusuk bukit, tepi bukit, lambung bukit, lereng bukit.Akaq ubat tu saya dapat kat barin matahari jatoh Gunung Jerai.[A.kAâÖ u.bAt tu sA.jA dA.pAt kAt bA.Òin mA.tA.hA.Òi dZA.toh gu.nuN dZ«.ÒAj]Akar ubat itu saya peroleh di rusuk Gunung Jerai sebelah matahari jatuh.
katok[kA.to/]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katok dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.to/ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.
katoq[kA.tâÖ]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katoq dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.tâÖ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.

Kembali ke atas