Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.cit] | بونچيت

Definisi : 1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.cit] | بونچيت

Definisi : besar perut kerana penyakit dll; gendut: Bagaimanakah caranya hendak mengempiskan perut saya yg ~ ini? membuncit menjadi buncit; nampak buncit: Perutnya ~ kerana terlalu banyak minum arak. membuncitkan menjadikan atau menyebabkan buncit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buncit

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
heboi[hE.bj]kata adjektifbuncit (tentang perut), boroi.Orang hak dok makan arak tu, perut dia heboi.[.ÒAN hA/ do/ mA.kAn A.ÒA/ tu p«.Òot di.jA hE.bj]Perut orang yang selalu minum arak itu kelihatan buncit.
boroi[b.rj]kata adjektifbuncit (perut).Pak cik tu perot dia boroi, banyak cacin kot dalam perot dia.[pA/ tSi/ tu p«.Òot di.jA b.rj bA.øA/ tSA.tSin kot dA.lAm p«.Òot di.jA]Perut pak cik itu buncit, mungkin banyak cacing di dalamnya.

Kembali ke atas