Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tera II [[tE.ÒA]kata tugassementara.Tera dia tanak nasik, dan kita pi mandi dulu.[tE.ÒA di.jA tA.nA/ nA.si/ dAn ki.tA pi mAn.di du.lu]Sementara dia memasak nasi, sempat kita pergi mandi.
tan II[tAn]kata kerjaberhasrat, bercita-cita, berkeinginan.Lama dah dia dok tan nak beli Proton Saga, tapi duet dia tak cukop lagi.[lA.mA dAh di.jA do/ tAn nA/ b«.li pr.tn sA.gA tA.pi du.wet di.jA tA/ tSu.kop lA.gi]Sudah lama dia bercita-cita hendak membeli kereta Proton Saga tetapi wangnya belum cukup lagi.
takah II[tA.kAh]kata nama1. sejenis kera, kongkang, kera duku.   
seroi II[s«.ҍj]kata adjektifhalus, peroi, kecil, berderai.Depa guna pasiaq hak seroi buat campoq simen biaq cantek.[dE.pA gu.nA pA.si.jA)Ö hA/ s«.ҍj bu.wAt tSAm.p)Ö si.men bi.jA)Ö tSAn.te/]Mereka menggunakan pasir yang halus untuk dicampur dengan simen, supaya cantik.
rembat II[ÒEm.bAt]kata kerja1. menggalas (di belakang).Lepaeh dia rembat beg dia, dia pon pi.[l«.pAEh di.jA ÒEm.bAt bEg di.jA di.jA pon pi]Selepas dia menggalas begnya, dia pun pergi.
redak II[Ò«.dA/]kata kerjaberlebihan, kelebihan makanan.Kue kat tempat kenuri tu redak pasai semua hak mai bawak kue.[kue kAt t«m.pAt k«.nu.Òi tu Ò«.dA/ pA.sAj s«.mu.wA hA/ mAj bA.wA/ kue]Kuih di tempat kenduri itu berlebihan kerana semua orang yang datang membawa kuih masing-masing.
pukai II[pu.kAj]kata adjektifberkenaan ucapan, percakapan dan sebagainya yang bernas, berisi, tepat dan canggih.Ustad tu cakap pukai sunggoh, apa hak dia kata semua betoi.[us.tAd tu tSA.kAp pu.kAj suN.goh A.pA hA/ di.jA kA.tA s«.mu.wA b«.toj]Ucapan ustaz itu sungguh bernas, apa yang diperkatakannya itu semuanya tepat dan betul.
perasan II[p«.ÒA.sAn]kata adjektifmegah, berasa bangga, menunjuk-nunjuk.Jangan la dok perasan sangat, hak kaya tu pak hang, bukan hang.[dZA.NAn lA do/ p«.ÒA.sAn sA.NAt hA/ kA.jA tu pA/ hAN bu.kAn hAN]Janganlah megah sangat, yang kaya itu ayah kamu, bukan kamu.
pelet II[pE.lEt]kata namapelat, telor, dialek.Baru pi Johoq seminggu balek mai Aloq Staq dia cakap pellet dah.[bA.Òu pi dZo.h)Ö s«.miN.gu bA.le/ mAj A.l)Ö stA)Ö di.jA tSA.kAp pE.lEt dAh]Baru seminggu tinggal di Johor, apabila pulang ke Alor Setar dia sudah bercakap pelat.
pederaeh II[p«.d«.ÒAEh]kata adjektifbersungguh-sungguh, percepat.Mai kita pederas kreja kita ni bagi cepat siap.[mAj ki.tA p«.d«.ÒAEh kÒ«.dZA ki.tA ni bA.gi tS«.pAt si.jAp]Mari kita membuat kerja ini bersungguh supaya cepat selesai.
1234

Kembali ke atas