Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ra] | چارا

Definisi : 1 peraturan membuat sesuatu: Bagaimanakah ~ membuat kuih itu? 2 gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3 sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara. secara 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantara­an. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti lintah menghisap darah.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
takteh[tA/.tEh]kata adjektifberkenaan cara berjalan selangkah-selangkah (tentang kanak-kanak).Awat lama sangat anak hang ni baru takteh, baya dia buleh belari dah.[A.wAt lA.mA sA.NAt A.nA/ hAN ni bA.Òu tA/.tEh bA.jA di.jA bu.leh b«.lA.Òi dAh]Mengapa lama sangat anak engkau ini baru belajar berjalan, sedangkan kanak-kanak yang sebaya dengannya sudah pandai berlari.
pedap II[p«.dAp]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang perlahan-lahan, berhati-hati.Awat hang jalan tepedap-pedap, macam kucin nak tangkap tikuih.[A.wAt hAN dZA.lAn t«.p«.dAp.p«.dAp mA.tSAm ku.tSin nA/ tAN.kAp ti.kuih]Kenapa awak berjalan berhati-hati, seperti kucing hendak menangkap tikus.
meragau[m«.ÒA.gAw]kata kerjasatu cara menangkap ikan menggunakan tangan, gagau.Dogoi memang tera pasai meragau ikan dalam sejam bakoi dia penoh.[d.gj mE.mAN t«.ÒA pA.sAj m«.ÒA.gAw i.kAn dA.lAm s«.dZAm bA.koj di.jA p«.noh]Dogol pandai meragau ikan, dia dapat sebakul penuh ikan dalam satu jam.
kepah[k«.pAh]kata kerjamengusik dengan cara memekik dari arah yang tidak disedari (dari belakang), terjah, sergah.Hang jangan cuba kepah tok Mah bidan tu satni dia latah, mampoeh hang.[hAN dZA.NAn tSu.bA k«.pAh to/ mAh bi.dAn tu sAt.ni di.jA lA.tAh mAm.poeh hAN]Kamu jangan selalu mengusik tok Mah bidan itu kalau dia melatah, nahas engaku.
bahara[bA.hA.ÒA]kata adjektifberkenaan perahu, cara orang berjalan, dan lain-lain yang sama timbang, seimbang, sama berat kiri dan kanan.Perau dia bahara macam seludang nyoq.[p«.ÒAw di.jA bA.hA.ÒA mA.tSAm s«.lu.dAN øâÖ]Perahu dia seimbang seperti seludang kelapa.
menangkap[m«.nAN.kAp]kata kerjamengambil udara dengan cara menimbulkan kepala di permukaan air (ikan).Menangkap sunggoh ikan dalam petak tu, jom kita balek ambek bok kael.[m«.nAN.kAp suN.goh i.kAn dA.lAm pE.tA/ tu tSom ki.tA bA.le/ Am.be/ b/ kAel]Ikan-ikan dalam sawah itu galak melompat. Ayuh kita pulang mengambil kail.
kerunaeh[k«.Òu.nAEh]kata kerjamenggaru atau mengopek dengan cara yang perlahan dengan hujung jari; kerumit.Dia kerunaeh kerupin kude dia itu sampai bedarah.[di.jA k«.Òu.nAEh k«.Òu.pin ku.dE di.jA itu sAm.pAj b«.dA.ÒAh]Dia mengopek keruping kudisnya itu sehingga berdarah.
pukai I[pu.kAj]kata kerjatunai.Hang kena bayaq cara pukai, tak mau utang-utang.[hAN k«.nA bA.jA)Ö tSA.ÒA pu.kAj tA/ mAw u.tAN.u.tAN]Engkau mesti bayar secara tunai, tidak boleh berhutang.
mengelau[m«.N«.lAw]kata kerjamenangkap ikan menggunakan joran (dengan cara berjalan).Musem ujan lagu la ni, mai kita pi mengelau ikan ruan kat sungai.[mu.sem u.dZAn lA.gu lA ni mAj ki.tA pi m«.N«.lAw i.kAn Òu.wAn kAt su.NAj]Musim hujan sekarang ini, mari kita mengelau ikan haruan di sungai.
mencalai[m«n.tSA.lAj]kata kerjasambil berlari, melompat dengan cara luar biasa (tentang binatang seperti kerbau, lembu) kerana cemas, terperanjat, mengelak sesuatu dan lain-lain.Kerebau tu mencalai pasai anjin ligan dia.[k«.Ò«.bAw tu m«n.tSA.lAj pA.sAj An.dZin li.gAn di.jA]Kerbau itu berlari sambil melompat-lompat kerana dikejar anjing.
123

Kembali ke atas