Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wan] | چاون

Definisi : bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar; bercawan-cawan beberapa banyak cawan: sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wan] | چاون

Definisi : mangkuk kecil bertangkai yg dibuat drpd tembikar dll utk bekas minum; cangkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawan

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

546

It takes all sorts to make a world

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain mangkuk lain cawan.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, it takes all sorts to make a world.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. bahagian paip tempat mengisi tembakau, cawan paip.Setiap pagi selepas menyorok dia mesti pekena sedapoq paep.[s«.ti.jAp pA.gi s«.l«.pAEh m«.ø.ҍ/ di.jA m«s.ti p«.k«.nA s«.dA.pâÖ pAep]Setiap pagi selepas sarapan, dia mesti menghisap sedapok paip.

Kembali ke atas