Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ngang] | چڠڠ

Definisi : ; bercengang, bersicengang hairan, kehairanan: ~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi; mencengangkan menimbulkan rasa hairan, terkejut bercampur pelik (kerana melihat sesuatu kejadian yg luar biasa atau di luar dugaan dsb): kebolehan luar biasa kanak-kanak itu ~ orang ramai; tercengang, tercengang-cengang berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ter­nganga): mereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka; mentercengangkan menyebabkan tercen­gang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ngang] | چڠڠ

Definisi : ; tercengang, tercengang-cengang ternganga kerana kehairanan; kagum: Pak Kaduk ~ melihat cantiknya ikan emas pd joran kail itu. mence­ngangkan menimbulkan rasa hairan; menghairankan; mengagumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cengang

Peribahasa

Bagai kerbau terkejut oleh gong.

Bermaksud :

Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti rusa masuk kampung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
perak[p«.ÒA/]kata adjektifhairan, tercengang kerana pertama kali melihat sesuatu dan sebagainya.Budak ulu tu baru mai Kwala Lumpoq perak bukan maen.[bu.dA/ u.lu tu bA.Òu mAj kwA.lA lum.p)Ö p«.ÒA/ bu.kAn mAen]Budak kampung itu nampak tercengang-cengang sangat kerana baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur.

Kembali ke atas