Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermat

Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cemerekap[tS«.m«.Ò«.kAp]kata adjektifberkenaan membuat pekerjaan, perbuatan dan lain-lain dengan tidak cermat, gopoh, kasar; jelangaq.Dia tu kalu buat kreja cemerekap, pasai itula orang tak bagi kreja kat dia.[di.jA tu kA.lu bu.wAt kÒ«.dZA tS«.m«.Ò«.kAp pA.sAj tu.lA .ÒAN tA/ bA.gi kÒ«.dZA kAt di.jA]Dia tidak cermat membuat kerja, sebab itulah orang tidak memberi kerja kepadanya.
pekin[p«.kin]kata adjektifjimat, tidak boros, cermat (berbelanja).Gaji dia kecik anak pon banyak jadi dia kena pekin siket, baru la tak susah.[gA.dZi di.jA k«.tSi/ A.nA/ pon bA.øA/ dZA.di di.jA k«.nA p«.kin si.ket bA.Òu lA tA/ su.sAh]Orang yang bergaji kecil dan mempunyai anak yang banyak hendaklah berjimat supaya tidak susah.
pedo[pE.d]kata adjektifberkenaan melakukan sesuatu dengan berhati-hati dan cermat tetapi lambat.Tukang jam tu buat kreja pedo sunggoh.[tu.kAN dZAm tu bu.wAt kÒ«.dZA pE.d suN.goh]Tukang jam itu membuat kerja berhati-hati benar.
jelangaq[dZ«.lA.NA)Ö]kata adjektifberkenaan membuat pekerjaan, perbuatan dan lain-lain dengan tidak cermat, gopoh, kasar; cemerekap.Mokalu bejalan ataeh lantai licin jangan jelangaq sangat, sat ni jatoh.[m.kA.lu b«.dZA.lAn A.tAEh lAn.tAj li.tSin dZA.NAn dZ«.lA.NA)Ö sA.NAt sAt ni dZA.toh]Kalau berjalan di atas lantai yang licin, janganlah gopoh sangat, nanti jatuh.
cerok I[tS«.ҍ/]kata namabekas daripada batang buluh yang digunakan semasa memerah susu (lembu, kambing).Pegang cerok kuat-kuat jangan bagi susu tumpah.[p«.gAN tS«.ҍ/ ku.wAt.ku.wAt dZA.NAn bA.gi su.su tum.pAh]Pegang bekas susu itu dengan cermat supaya susunya tidak tumpah.

Kembali ke atas