belengaeh | [b«.l«.NAEh] | kata adjektif | berkenaan badan atau pakaian dalam keadaan kotor, selekeh, comot biasanya basah dan melekit. | Muka dia belengaeh, penoh hinguih. | [mu.kA di.jA b«.l«.NAEh p«.noh hi.Nuih] | Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus. |
tengelong | [t«.N«.loN] | kata nama | sejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tenggelong. | Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam. | [.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«.N«.loN ti.jAp mA.lAm] | Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam. |
tenggelong | [t«N.g«.loN] | kata nama | sejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tengelong. | Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam. | [.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«N.g«.loN ti.jAp mA.lAm] | Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam. |
bedenel | [b«.dE.nEl] | kata adjektif | berkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedene. | Kude hang tu dok bedenel, hang tak buboh ubatka? | [ku.de hAN tu do/ b«.dE.nEl hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA] | Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat. |
bedene | [b«.dE.nE] | kata adjektif | berkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedenel. | Kude hang tu dok bedene, hang tak buboh ubatka? | [ku.de hAN tu do/ b«.dE.nE hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA] | Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat. |