Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.nyut] | دڽوت

Definisi : gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau de­baran jantung; ~ nadi gerakan nadi; berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya; denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.nyut] | دڽوت

Definisi : = denyutan gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). ~ arus perubahan voltan atau arus elektrik yg berlaku dgn tiba-tiba atau sementara. berdenyut bergerak turun naik (pd nadi, ubun-ubun, jantung dll): Nadi orang hidup sentiasa ~ . (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denyut


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bubon[bu.bon]kata namabahagian di atas kepala dekat dengan dahi, ubun-ubun.Bubon budak kecik tu lembek lagi, nampak dok menguet- nguet.[bu.bon bu.dA/ k«.tSi/ tu l«m.be/ lA.gi nAm.pA/ dok m«.Nu.wet.Nu.wet]Ubun-ubun bayi itu masih lembut lagi dan kelihatan berdenyut-denyut.

Kembali ke atas