Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meronot[m«.ҍ.nt]kata kerjamenyusup dengan merangkak (seperti bergerak di bawah rumah yang rendah).Bila nampak tuan kebon tu mai kawaq tu pon lari meronot bawah pagaq.[bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj kA.wA)Ö tu pon lA.Òi m«.ҍ.nt bA.wAh pA.gA)Ö].Apabila ternampak tuan kebun itu datang, pencuri tersebut terus lari.
kelepek[k«.lE.pE/]kata namasejenis serangga yang kecil daripada lipas, (biasanya terdapat di dalam tanah gembur di bawah rumah).   
bokpi[bo/.pi]kata kerjabawa pergi, disembunyikan, dihilangkan.Karong hak bawah rumah tu hang bokpi mana?[kA.ÒoN hA/ bA.wAh Òu.mAh tu hAN bo/.pi mA.nA]Karung yang di bawah rumah itu ke mana engkau bawa pergi?
bokpi[b/.pi]kata kerjabawa pergi, disembunyikan, dihilangkan.Karong hak bawah rumah tu hang bokpi mana?[kA.ÒoN hA/ bA.wAh Òu.mAh tu hAN b/.pi mA.nA]Karung yang di bawah rumah itu ke mana engkau bawa pergi?
bedehau[b«.d«.hAâw]kata adjektifberkenaan nyamuk, agas dan lain-lain yang berterbangan dengan banyak.Nyamok bedehau bawah dapoq.[øA.mo/ b«.d«.hAâw bA.wAh dA.pâÖ]Nyamuk banyak berterbangan di bawah dapur.
   2.    telur yang dimuntahkan oleh ibu haruan dan terapung-apung di permukaan air.Kalu nampak darang kat ataeh, ibu dan bapak ruan ada kat bawah.[kA.lu nAm.pA/ dA.ÒAN kAt A.tAEh i.bu dAn bA.pA/ Òu.wAn A.dA kAt bA.wAh]Kalau kelihatan telur haruan di permukaan air, ibu dan bapanya ada di bawah.
ekoq pipet[E.kâÖ pi.pet] rambut yang tumbuh di hadapan telinga yang memanjang ke bawah kiri kanan pipi, tali tudung, bulu pelipis.Pesyen rambot budak-budak jantan la ni tak dak ekoq pipet, potong lincen.[pE.Sen ÒAm.bot bu.dA/.bu.dA/ dZAn.tAn lA ni tA/ dA/ E.kâÖ pi.pet p.tN lin.tSen]Fesyen rambut remaja lelaki kini tiada ekor pipit kerana digunting bersih.
bebeh[bE.bEh]kata adjektifberkenaan bibir bawah yang terjuih keluar.Muka dia lawa tapi bibiaq dia bebeh.[mu.kA di.jA lA.wA tA.pi bi.bi.jAâÖ di.jA bE.bEh]Mukanya lawa tetapi bibirnya terjuih.
daon budi[dA.won bu.di] ukiran atau sejenis awan larat (pada kayu, kertas dan lain-lain) berbentuk pucuk rebung, yang pucuknya (menghala, berjuntai) ke bawah.Kretaeh begunting daon budi tutop kayu alang ataeh bumbong pelamin tu.[kÒ«.tAEh b«.gun.tin dA.won bu.di tu.top kA.ju A.lAN A.tAEh bum.boN pE.lA.min tu]Kertas bergunting daun budi menutup kayu alang di atas bumbung pelamin itu.
beraeh rendang[b«.ÒAEh Ò«n.dAN] anyaman daun mengkuang yang dikemin pada bakul padi mengelilingi bahagian bawah bingkainya.Padi dalam bakoi tu tak penoh, takat beraeh rendang dia saja.[pA.di dA.lAm bA.koj tu tA/ p«.noh tA.kAt b«.ÒAEh Ò«n.dAN di.jA sA.dZA]Padi di dalam bakul itu tidak penuh, tetapi setakat beras rendang sahaja.
12

Kembali ke atas