tenggak | [t«N.gA/] | kata nama | ketika, masa, waktu. | Tenggak kita nak makan dia pon mai. | [t«N.gA/ ki.tA nA/ mA.kAn di.jA pon mAj] | Ketika kita hendak makan dia pun sampai. |
melugai | [m«.lu.gAj] | kata adjektif | 1. loya atau hendak muntah. | Lepaeh makan ikan darat dia rasa melugai. | [l«.pAEh mA.kAn i.kAn dA.ÒAt di.jA ÒA.sA m«.lu.gAj] | Selepas makan ikan air tawar dia merasa loya. |
ragaeh | [ÒA.gAEh] | kata adjektif | menumpang perbelanjaan orang. | Mokalu nak suroh bayaq makan, dia kera nak ragaeh aku saja. | [m.kA.lu nA/ su.Òoh bA.jA)Ö mA.kAn di.jA kE.ÒA nA/ ÒA.gAEh A.ku sA.dZA] | Apabila hendak membayar makan, dia selalu menyuruh aku membayarnya. |
dia I | [di.jA] | kata nama | panggilan (kata sapaan mesra) suami kepada isteri atau sebaliknya. | “Dia makan la dulu, saya makan kemdian,” bini dia kata. | [di.jA mA.kAn lA du.lu sA.jA mA.kAn k«m.di.jAn bi.ni di.jA kA.tA] | “Awak makanlah dahulu, saya makan kemudian,” kata isterinya. |
peroi | [p«.Òoj] | kata kerja | menabur sesuatu. | Dia peroi dedak nak bagi makan ikan kat kolam tu. | [di.jA p«.Òoj d«.dA/ nA/ bA.gi mA.kAn i.kAn kAt k.lAm tu] | Dia menabur dedak sebagai makanan bagi ikan dalam kolam itu. |
rempong | [Ò«m.poN] | kata kerja | membawa benda atau barangan yang banyak dengan cara memeluk kedua-dua belah tangan, merangkul. | Genap-genap kali dia pi pekan, dia rempung macam-macam barang. | [g«.nAp.g«.nAp kA.li di.jA pi p«.kAn di.jA Ò«m.poN mA.tSAm.mA.tSAm bA.ÒAN] | Setiap kali ke pekan, bila pulang dia merangkul banyak barang. |
pedukang | [p«.du.kAN] | kata adjektif | mata keranjang. | Budak hak pedukang tu kena pukoi terok pasai dia dok ganggu bini orang. | [bu.dA/ hA/ p«.du.kAN tu k«.nA pu.koj t«.Òo/ pA.sAj di.jA do/ gAN.gu bi.ni .ÒAN] | Budak yang mata keranjang itu dibelasah dengan teruknya kerana menganggu isteri orang. |
tekendik-kendik | [t«.k«n.de/.k«n.de/] | kata kerja, | berjalan terhenjut-henjut (tentang mengandar sesuatu). | Pak dia kandak ayak telaga jalan tekendik-kendik. | [pA/ di.jA kAn.dA)Ö A.jA)Ö t«.lA.gA dZA.lAn t«.k«n.de/.k«n.de/] | Ayahnya terhenjut-henjut mengandar air telaga itu. |
tekodok | [t«.k.d/] | kata adjektif | terasa malu dan termonyeh-monyeh (kerana sesuatu kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku). | Dia tekodok pasai orang hak dia dok kata tu ada kat belakang dia. | [di.jA t«.k.d/ pA.sAj .ÒAN hA/ di.jA do/ kA.tA tu A.dA kAt b«.lA.kAN di.jA] | Dia terasa malu kerana tidak menduga orang yang dicercanya itu berada di belakangnya. |
kalot | [kA.lot] | kata adjektif | sibuk, kelam-kabut. | Mokalu pi rumah dia, dia cukop kalot suroh kita makan nasik jugak. | [m.kA.lu pi Òu.mAh di.jA di.jA tS.kop kA.lot su.Òoh ki.tA mA.kAn nA.si/ dZu.gA/] | Jika pergi ke rumahnya, dia sibuk menyuruh kita makan nasi di rumahnya. |