Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sa.na] | د سان

Definisi : tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Di sini gunung di sana gunung,
     Sama dengan Gunung Sebandi;
Di sini bingung di sana bingung,
     Sama dengan penerang hati.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Di mana bumi (= tanah) dipijak,
     di sana (= di situ) langit dijunjung.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jenoh[dZ«.nh]kata adjektifbanyak.Kita tak payah bawak bekai, makanan jenoh kat sana.[ki.tA tA/ pA.jAh bA.wA/ b«.kAj mA.kA.nAn dZ«.nh kAt sA.nA]Kita tidak perlu membawa bekalan kerana makanan banyak di sana.
nu[nu]kata namamenunjukkan arah agak jauh (sana atau situ).Hang tunggu tang ni, aku nak pi cari dia tang nu.[hAN tuN.gu tAN ni A.ku nA/ pi tSA.Òi di.jA tAN nu]Awat tunggu di sini, saya hendak pergi mencarinya di sana.
bala kerosek[bA.lA k«.ҍ.sE/] pengacau, pengganggu (orang, peristiwa atau kejadian) yang merungsingkan fikiran.Dah besara tu dok la diam-diam, jangan pi dok jadi bala kerosek sana sini.[dAh b«.sA.ÒA tu do/ lA di.jAm.di.jAm dZA.NAn pi do/ dZA.di bA.lA k«.ҍ.sE/ sA.nA si.ni]Setelah bersara, duduklah diam-diam, jangan mengganggu orang di sana sini.
pesok[pE.s/]kata namalopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); begelehok.Kereta tu tak boleh laju pasal jalan tang tu pesok kat sana sini.[k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu pE.s/ kAt sA.nA si.ni]Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini.
begelehok[b«.g«.l«.ho/]kata namalopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); pesok.Kereta tu tak buleh laju pasai jalan tang tu bergelehok kat sana sini.[k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu b«.g«.l«.ho/ kAt sA.nA si.ni]Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini.
deh[dEh]kata namatempat di sebelah sana (yang agak jauh), balik sana.Tak jaoh rumah dia, balek deh tu saja.[tA/ dZA.woh Òu.mAh di.jA bA.le/ dEh tu sA.dZA]Rumahnya tidak jauh, cuma di sebalik sana sahaja.
umpok[um.po/]kata namabahagian seseorang.Umpuk kreja hak hang kena belah sana.[um.po/ kÒ«.dZA hA/ hAN k«.nA b«.lAh sA.nA]Bahagian kerja yang engkau kena buat, di sebelah sana.
celup-celap[tS«.lup.tS«.lAp]kata adjektiftidak tertib, tidak teratur, tidak tentu dahulu dan kemudiannya.Semua kreja dia sorang nak buat, celup-celap sana, celup-celap sini, lagu mana nak semprena?[s«.mu.wA kÒ«.dZA di.jA s.ÒAN nA/ bu.wAt tS«.lup.tS«.lAp sA.nA tS«.lup.tS«.lAp si.ni lA.gu mA.nA nA/ s«m.pÒ«.nA]Semua kerja hendak dibuatnya sendiri, sedikit sana, sedikit sini, bagaimana hendak sempurna?
darang[dA.ÒAN]kata nama1. lubang tempat tinggal landak.Bakaqla sampah kat muka darang belah sini, sat ni landak merojoi keluaq belah sana.[bA.kAâÖ.lA sAm.pAh kAt mu.kA dA.ÒAN b«.lAh si.ni sAt ni lAn.dA/ m«.Òo.dZoj k«.lu.wAâÖ b«.lAh sA.nA]Bakarlah sampah di muka darang sebelah sini kelak landak akan keluar sebelah sana.
kelewaq[k«.lE.wA)Ö]kata kerjamerayau, berkeliaran, berjalan ke sana ke mari (manusia, burung dan lain-lain); melewaq.Apa depa buat dok kelewaq tang tu?[A.pA dE.pA bu.wAt do/ k«.lE.wA)Ö tAN tu]Mengapa mereka merayau-rayau di tempat itu.
12

Kembali ke atas