Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di tempat itu: Tadi dia ada di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di situ

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ijuk sebelembang,
     tali di situ keluan di situ.

Bermaksud :

Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.

 

Lihat selanjutnya...(19)

500

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana ranting patah, di situ air disauk

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pupohpu.poh]kata namapenanda larangan (papan dan lain-lain).Tang tu ada pupoh, pasai apa hampa pi maen kat situ?[tAN tu A.dA pu.poh pA.sAj A.pA hAm.pA pi mAen kAt si.tu]Di situ ada papan tanda larangan, kenapa kamu bermain di situ?
dok I[do/]kata kerja1. duduk.Dok la tang tu, sat ni dia mai.[do/ lA tAN tu sAt ni di.jA mAj]Duduklah di situ, sebentar lagi dia datang.
redak I[Ò«.dA/]kata namahabuk, butir-butir kecil.Hang jangan maen tang tu pasai banyak redak kat situ.[hAN dZA.NAn mAen tAN tu pA.sAj bA.øA/ Ò«.dA/ kAt si.tu]Engkau jangan bermain-main di situ kerana tempat tersebut banyak habuk.
seron[sE.ҍn]kata namasangkak tempat ayam bertelur.Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama.[hAN dZA.NAn do/ pi kAt sE.ҍn tu pA.sAj A.jAm b«.ti.nA do/ m«.N«.ÒAm tAN tu nAn.ti k«.nA hA.mA]Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama.
dajal[dA.dZAl]kata namaalat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai.Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal.[bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl]Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal.
dajai[dA.dZAj]kata namaalat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal.Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai.[bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj]Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai.
selerah[s«.lE.ÒAh]kata kerjaselesai atau sempurna siap (tentang kerja).Bila dah abeh selerah kreja hang kat situ, mai la sini tulong sepa pulak.[bi.lA dAh A.beh s«.lE.ÒAh kÒ«.dZA hAN kAt si.tu mAj lA si.ni tu.loN sE.pA pu.lA/]Bila sudah selesai kerja engkau di situ, marilah tolong kami pula di sini.
pesok[pE.s/]kata namalopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); begelehok.Kereta tu tak boleh laju pasal jalan tang tu pesok kat sana sini.[k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu pE.s/ kAt sA.nA si.ni]Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini.
begelehok[b«.g«.l«.ho/]kata namalopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); pesok.Kereta tu tak buleh laju pasai jalan tang tu bergelehok kat sana sini.[k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu b«.g«.l«.ho/ kAt sA.nA si.ni]Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini.
nu[nu]kata namamenunjukkan arah agak jauh (sana atau situ).Hang tunggu tang ni, aku nak pi cari dia tang nu.[hAN tuN.gu tAN ni A.ku nA/ pi tSA.Òi di.jA tAN nu]Awat tunggu di sini, saya hendak pergi mencarinya di sana.

Kembali ke atas