inaeh | [i.nAEh] | kata nama | buluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin. | Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak. | [bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/] | Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak. |
apa | [A.pA] | kata tugas | kata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian. | Sepa apa tak mau pi mesyorat tu pasai depa kecoh. | [sE.pA A.pA tAk mAw pi m«.So.ÒAt tu pA.sAj dE.pA kE.tSh] | Kami semua tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana mereka menipu. |
kedap | [k«.dAp] | kata nama | longgokan atau kumpulan padi yang telah dikerat batangnya dan belum dibanting. | Depa letak kedap padi hak baru kerat tu kat ataeh bataeh. | [dE.pA l«.tA/ k«.dAp pA.di hA/ bA.Òu k«.ÒAt tu kAt A.tAEh bA.tAEh] | Longgokkan padi yang baru dikerat itu diletakkan oleh mereka di atas permatang. |