Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.so/] | ايسوق

Definisi : (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; beresok esok, besok; ~nya esoknya; mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok; keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.so/] | ايسوق

Definisi : /ésok/ 1 hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2 kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = ~nya esoknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esok

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(21)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buyong[bu.joN]kata namahari keempat selepas esok (esok, lusa, tulat, tubin, buyung).Hang tok sah dok tunggula, isok, lusa, tulat, tubin, buyong pon dia tak mai bayaq utang hang.[hAN to/ sAh do/ tuN.gu.lA i.so/ lu.sA tu.lAt tu.bin bu.joN pon di.jA tA/ mAj bA.jAâÖ u.tAN hAN]Tidak usahlah ditunggu sehingga empat lima hari, dia tidak akan membayar hutang awak.
temukuap[t«.mu.ku.wAp]kata namagenap setahun; temukop.Esok temukuap anak dia meninggai.[E.s/ t«.mu.ku.wAp A.nA/ di.jA m«.niN.gAj]Esok genap setahun anak dia meninggal.
temukop[t«.mu.kp]kata namagenap setahun; temukuap.Esok temukop anak dia meninggai.[E.s/ t«.mu.kp A.nA/ di.jA m«.niN.gAj]Esok genap setahun anak dia meninggal.
enjang[en.dZAN]kata namapanggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok anjang), nenek saudara (tok anjang), bapak saudara (pak anjang), emak saudara (mak anjang), saudara atau anak (anjang) yang menduduki tempat keempat dalam susunan sesuatu keluarga.Esok, pak enjang hang ajak pi kat duson dia, pila ramai-ramai.[E.s/ pA/ en.dZAN hAN A.dZA/ pi kAt du.son di.jA pi.lA ÒA.mAj.ÒA.mAj]Esok, Pak Anjang engkau menjemput ke dusunnya, pergilah beramai-ramai.
uaq-uaq[wA)Ö.wA)Ö]kata namapengumuman yang dibuat dengan meneriakkan kuat-kuat.Tok pengulu dok uaq-uaq kat orang kampong suroh berimpon kat Balai Raya esok.[to/ p«.Nu.lu do/ wA)Ö.wA)Ö kAt .ÒAN kAm.poN su.Òoh b«.Òim.pon kAt bA.lAj ÒA.jA E.s/]Tok penghulu menguar-uarkan orang kampung supaya berkumpul di Balai Raya besok.
qulhu[qul.hu]kata namamajlis tahlil untuk orang yang telah meninggal duna; kulhu.Samad pangge orang surau ke rumah dia malam isok pasai nak buat kulhu kat arwah ayah dia.[sA.mAd pAN.gE .ÒAN su.ÒAw k« Òu.mAh di.jA mA.lAm i.s/ pA.sAj nA/ bu.wA qul.hu kAt Ar.wAh A.jAh di.jA]Samad menjemput jemaah dari surau hadir ke rumahnya pada malam esok kerana kenduri arwah untuk ayahnya akan diadakan.
kulhu[kul.hu]kata namamajlis tahlil untuk orang yang telah meninggal duna; qulhu.Samad pangge orang surau ke rumah dia malam isok pasai nak buat kulhu kat arwah ayah dia.[sA.mAd pAN.gE .ÒAN su.ÒAw k« Òu.mAh di.jA mA.lAm i.s/ pA.sAj nA/ bu.wA kul.hu kAt Ar.wAh A.jAh di.jA]Samad menjemput jemaah dari surau hadir ke rumahnya pada malam esok kerana kenduri arwah untuk ayahnya akan diadakan.

Kembali ke atas