Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk; ~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb, Mn enggan bergaul dgn saudara-mara; menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan; kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak; penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan; penggemuk sesuatu yg menyebabkan men­jadi gemuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1 besar kerana banyak dagingnya; tambun: Orang yg terlalu ~ atau terlalu kurus itu biasanya tidak sihat. 2 benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yg terdapat dlm tubuh binatang; lemak. ~ gedempol sangat gemuk. menggemukkan menjadikan atau menyebabkan menjadi gemuk: Setengah-setengah petani menumpukan perhatian mereka dlm usaha ~ lembu. penggemukan perbuatan atau proses menjadikan gemuk: Bijirin merupakan bahan yg kaya dgn sumber tenaga dan nilai ~ yg paling tinggi. penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk. kandang ~ kandang tempat usaha atau kegiatan utk menggemukkan ternakan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu,
     bertambah kecil lagi matanya.

Bermaksud :

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hantap[hAn.tAp]kata adjektifberkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; antap.Baru tiga bulan, anak hang ni hantap sunggoh.[bA.Òu ti.gA bu.lAn A.nA/ hAN ni hAn.tAp suN.goh]Walaupun baru tiga bulan, tubuh anak engkau ini montel sungguh.
antap[An.tAp]kata adjektifberkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; hantap.Baru tiga bulan, anak hang ni antap sunggoh.[bA.Òu ti.gA bu.lAn A.nA/ hAN ni An.tAp suN.goh]Walaupun baru tiga bulan, tubuh anak engkau ini montel sungguh.
reluih[Ò«.luih]kata kerjamenembusi, membolosi, sesuatu tempat berpijak, berlubang hingga ke sebelah; dreluih.Kaki budak tembon tu reluih pasai lantai hak dia pijak tu reput.[kA.ki bu.dA/ t«m.bon tu Ò«.luih pA.sAj lAn.tAj hA/ di.jA pi.dZA/ tu Ò«.put]Kaki budak yang gemuk itu bolos sebab lantai yang dipijak itu reput.
melanuih[m«.lA.nuih]kata adjektiflambat sembuhnya (kronik), sakit yang berpanjangan.Demam dia melanuih badan dia hak tegap dulu la ni jadi kuruih.[d«.mAm di.jA m«.lA.nuih bA.dAn di.jA hA/ t«.gAp du.lu lA ni dZA.di ku.Òuih]Demamnya kronik, sebab itulah tubuhnya yang gemuk itu sekarang ini menjadi kurus.
dreluih[dÒ«.luih]kata kerjamenembusi, membolosi, sesuatu tempat berpijak, berlubang hingga ke sebelah; reluih.Kaki budak tembon tu dreluih pasai lantai hak dia pijak tu reput.[kA.ki bu.dA/ t«m.bon tu dÒ«.luih pA.sAj lAn.tAj hA/ di.jA pi.dZA/ tu Ò«.put]Kaki budak yang gemuk itu bolos sebab lantai yang dipijak itu reput.

Kembali ke atas