Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.bu/] | هابوق

Definisi : benda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi, pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin; ~ gergaji zarah-zarah halus kayu yg terhasil semasa kayu digergaji; berhabuk 1. dipenuhi habuk, berdebu: meja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu; 2. bp, ki beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dsb) tetapi hanya cakap kosong: cakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yg nampak hasilnya; 3. bp fasih (bertutur dlm sesuatu bahasa asing); kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, ber­debu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.bu/] | هابوق

Definisi : benda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. berhabuk ada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata habuk


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
redak I[Ò«.dA/]kata namahabuk, butir-butir kecil.Hang jangan maen tang tu pasai banyak redak kat situ.[hAN dZA.NAn mAen tAN tu pA.sAj bA.øA/ Ò«.dA/ kAt si.tu]Engkau jangan bermain-main di situ kerana tempat tersebut banyak habuk.
kelemoq[k«.l«.m)Ö]kata namakekotoran seperti habuk, serdak dan lain-lain di dalam air, keladak.Ayaq telaga banyak kelemoq, ayaq sulin tak dak kelemoq.[A.jA)Ö t«.lA.gA bA.øA/ k«.l«.m)Ö A.jA)Ö su.lin tA/ dA/ k«.l«.m)Ö]Air telaga banyak keladak, tetapi air sulingan tidak mengandungi keladak.
cuci calat[tSu.tSi tSA.lAt] habis licin, terlalu bersih.Rumah dia bukan maen punya cuci calat, payah nak cari habok pon.[Òu.mAh di.jA bu.kAn mAen pu.øA tSu.tSi tSA.lAt pA.jAh nA/ tSA.Òi hA.bo/ pon]Rumahnya amat bersih, tiada habuk sedikit pun.
gabuih[gA.buih]kata kerja1. mencuci atau menanggalkan kekotoran (yang sedikit) dengan cara menyapu tapak tangan atau kain, lap, kesat, sapu; relaeh.Dia gabuih habok merah hak lekat kat seluaq dia dengan sapu tangan.[di.jA gA.buih hA.bo/ mE.ÒAh hA/ l«.kAt kAt s«.lu.wAâÖ di.jA d«.NAn sA.pu tA.NAn]Dia menanggalkan habuk merah yang melekat di seluarnya dengan menggunakan satu tangan.

Kembali ke atas