Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lus.ha.lus] | هالوس٢

Definisi : dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Melekatkan kersik ke buluh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia. (Bandingkan dengan: Menampalkan kersik ke buluh). kersik = pasir kasar, batu kerikil halus-halus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
laik[lAi/]kata adjektifhalus, licin lembut (seperti, tepung, baja dan sebagainya).Kaen sutera lebeh laik lagi dari kaen cit.[kAen su.t«.ÒA l«.beh lAi/ lA.gi dA.Òi kAen tSit]Kain sutera lebih halus daripada kain cita.
seroi II[s«.ҍj]kata adjektifhalus, peroi, kecil, berderai.Depa guna pasiaq hak seroi buat campoq simen biaq cantek.[dE.pA gu.nA pA.si.jA)Ö hA/ s«.ҍj bu.wAt tSAm.p)Ö si.men bi.jA)Ö tSAn.te/]Mereka menggunakan pasir yang halus untuk dicampur dengan simen, supaya cantik.
en[Eân]kata namakata-kata halus untuk maksud kemaluan kanak-kanak perempuan.   
akaq pinang[A.kAâÖ pi.nAN] sejenis kering goreng bersira serbuk gula pasir halus.   
tikaq sila[ti.kA)Ö si.lA]kata namatikar (kecil) yang digunakan sebagai tempat duduk pengantin lelaki semasa upacara ijab kabul, akad nikah.Tikaq sila tu haluih anyaman dia.[ti.kA)Ö si.lA tu hA.luih A.øA.mAn di.jA]Tikar sila itu sungguh halus anyamannya.

Kembali ke atas