Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; perembang.Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak.[hAN k«.nA bA.nAh b«.toj.b«.toj mA.sA hAN nA/ tEm.bA/]Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.
ase[A.se]kata kerjamenampar yang bertujuan untuk mengusik, bergurau (biasanya apabila hendak berpisah).Petang kemaren hang ase aku, kali ni aku nak balaeh balek.[p«.tAN k«.mA.Òen hAN A.se A.ku kA.li ni A.ku nA/ bA.lAEh bA.le/]Petang semalam kamu menampar aku, kali ini aku hendak balas pula.
melugai[m«.lu.gAj]kata adjektif1. loya atau hendak muntah.Lepaeh makan ikan darat dia rasa melugai.[l«.pAEh mA.kAn i.kAn dA.ÒAt di.jA ÒA.sA m«.lu.gAj]Selepas makan ikan air tawar dia merasa loya.
belah daeng[b«.lAh dAeN] membelah di bahagian belakang (berkenaan ikan yang hendak dipanggang atau dikeringkan); belah dain.Bila angkat bubu satni kita belah daing semua ikan kita siap-siap.[bi.lA AN.kAt bu.bu sAt.ni ki.tA b«.lAh dAeN s«.mu.wA i.kAn ki.tA si.jAp.si.jAp]Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera.
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; banat.Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.Ò«m.bAN s«.nA.pAN di.jA kAt gA.gA/ A.tAEh dA.hAn tu]Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.
belah dain [b«.lAh dAin][b«.lAh dAin] membelah di bahagian belakang (berkenaan ikan yang hendak dipanggang atau dikeringkan); belah daeng.Bila angkat bubu satni kita belah dain semua ikan kita siap-siap.[bi.lA AN.kAt bu.bu sAt.ni ki.tA b«.lAh dAin s«.mu.wA i.kAn ki.tA si.jAp.si.jAp]Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera.
pa[pA]kata namamereka.Hang pa ni nak pi mana?[hAN pA ni nA/ pi mA.nA]Mereka ini hendak pergi ke mana?
la[lA]kata namasekarang, masa ini, kini.La ni hang nak pi mana?[lA ni hAN nA/ pi mA.nA]Sekarang engkau hendak pergi ke mana?
mam[mAm]kata kerjamengisap susu (menetek).Budak tu teriak pasai nak mam.[bu.dA/ tu t«.Òi.jA/ pA.sAj nA/ mAm]Budak itu menangis kerana hendak menyusu.
simpan[sim.pAn]kata kerjamengebumikan jenazah.Pukoi berapa orang nak simpan mayat tu?[pu.koj b«.ÒA.pA .ÒAN nA/ sim.pAn mA.jAt tu]Pukul berapa hendak dikebumikan jenazah itu?
123456789

Kembali ke atas