Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; ~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pe­ngantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengan­nya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suami­nya; laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pe­malu; berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; kejandaan keadaan menjanda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perempuan yg sudah berkahwin tetapi bercerai dgn suaminya atau kematian suami. menjanda sudah bercerai; hidup sbg janda: Halimah telah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janda I

Puisi
 

Putus tali mengikat tangga,
     Mari diikat tali mengkuang;
Putus hati pandang ke janda,
     Kerana janda anak seorang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Janda belum berlaki.

Bermaksud :

Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bujang seron[bu.dZAN sE.ҍn] perempuan yang diceraikan oleh suaminya (janda) setelah dikahwinnya dalam waktu yang singkat.La ni Timah tu bujang seron pasai laki dia cerai dia lepaeh kawen dua ari.[lA ni ti.mAh tu bu.dZAN sE.ҍn pA.sAj lA.ki di.jA tS«.ÒAj di.jA l«.pAEh kA.wEn du.wA A.Òi]Sekarang ini Si Timah itu menjadi bujang seron kerana diceraikan oleh suaminya setelah berkahwin selama dua hari.
melecaeh[m«.l«.tSAEh]kata adjektifberkenaan perempuan yang miang, galak, menggatal atau gelenyar.Bujang tu nampak melecaeh sangat, tak kera jantan mana, dia nak impet.[bu.dZAN tu nAm.pA/ m«.l«.tSAEh sA.NAt tA/ kE.ÒA dZAn.tAn mA.nA di.jA nA/ im.pet]Janda itu kelihatan amat galak, semua lelaki hendak didekatinya.

Kembali ke atas