Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup se­seorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk me­nyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, mano­meter; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan me­nentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hid­rometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (had­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : harapan, niat, tujuan: ~ teman makan anak-beranak lepaslah; menjangka mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1 alat utk memotong daun mengkuang supaya menjadi jalur-jalur kecil. 2 alat utk menyukat atau utk mengukur sesuatu. ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi. ~ cahaya alat utk menyukat kekuatan cahaya; fotometer. ~ galvani alat utk mengesan dan menyukat arus elektrik; galvanometer. ~ kalori alat utk menyukat haba (yg dihasilkan oleh bahan tertentu akibat drpd sesuatu tindak balas dsb); kalorimeter. ~ laju alat utk menyukat lajunya perjalanan sesebuah kenderaan (spt dlm kiraan kilometer per jam). ~ lembap alat utk menyukat wap air dlm udara; higrometer. ~ lukis alat berkaki dua yg dpt dilebarkan atau disempitkan utk membuat bulatan atau utk mengukur jarak pd peta. ~ sudut alat utk menyukat atau melukis sudut; protraktor. ~ suhu alat utk menyukat suhu; termometer. ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair. menjangka 1 memotong (daun mengkuang) dgn jangka. 2 mengukur dgn jangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1 masa (ukuran, ruang) yg telah ditentukan lamanya (panjangnya, luasnya dsb): Dlm ~ enam bulan, rumah itu akan siap. 2 tingkat atau had masa (dlm sesuatu usaha, peristiwa dsb): ~ panjang dlm tingkat atau had masa yg panjang (lama); ~ pendek dlm tingkat atau had masa yg pendek (singkat). menjangka 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. jangkaan apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan: Kemenangan ini di luar ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelebek[k«.lE.bE/]kata kerjamenyelak dan mencari sambil meneliti sesuatu seperti buku, lipatan pakaian, dompet dan lain-lain dalam jangka waktu yang agak lama.Tang malam dah hang dok kelebek beg tangan tu, takkan tak jumpa lagi paspot mak hang.[tAN mA.lAm dAh hAN do/ k«.lE.bE/ bEg tA.NAn tu tA/.kAn tA/ dZum.pA lA.gi pAs.pot mA/ hAN]Sudah lama kamu mencari-cari dalam beg tangan itu, takkanlah tidak ditemui lagi kad pengenalan emak kamu.

Kembali ke atas