Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang, Cyathula prostrata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
galang geta[gA.lAN g«.tA] gelegar, kayu alas lantai.Lantai rumah tu mengembat, pasai buboh galang geta jarang-jarang.[lAn.tAj Òu.mAh tu m«.N«m.bAt pA.sAj bu.boh gA.lAN g«.tA dZA.ÒAN.dZA.ÒAN]Lantai rumah itu mengembat kerana galang getanya dipasang jarak-jarak.
periat[p«.Òi.jAt]kata kerjamenduga, mengagak, meneka, meramal, serkap jarang.Mokalu hang tak reti, hang dok sengap sudah la, jangan la nak periat pulak.[m.kA.lu hAN tA/ Ò«.ti hAN do/ s«.NAp su.dAh lA dZA.NAn lA nA/ p«.Òi.jAt pu.lA/]Kalau kamu tidak tahu, diam sajalah, jangan cuba meneka.

Kembali ke atas