Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw; berjinjit, berjinjit-jinjit berdiri (berjalan) dgn hujung jari kaki sahaja yg berjejak ke tanah, berjengket-jengket; terjinjit-jinjit terjengket-jengket: Puan Milah ~, takut jatuh kerana papan anak-anak tangga itu tipis-tipis belaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jinjit I


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jinjat[dZin.dZAt] berdiri dengan hujung kaki, jinjit; ginjat.Budak tu kena jinjat pasai benda hak dia nak ambek tu tinggi.[bu.dA/ tu k«.nA dZin.dZAt pA.sAj b«n.dA hA/ di.jA nA/ Am.be/ tu tiN.gi]Budak itu terpaksa berjinjit kerana benda yang hendak diambilnya tinggi.
ginjat[gin.dZAt]kata kerjaberdiri dengan hujung kaki, jinjit; jinjat.Budak tu kena ginjat pasai benda hak dia nak ambek tu tinggi.[bu.dA/ tu k«.nA gin.dZAt pA.sAj b«n.dA hA/ di.jA nA/ Am.be/ tu tiN.gi]Budak itu terpaksa berjinjit kerana benda yang hendak diambilnya tinggi.

Kembali ke atas