Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Anak dekut hutan Merlimau,
     Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut makan rimau,
     Tidak saya berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(35)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
taok[tAo/]kata kerjabuang, lempar, campak.Hang pi taok tang mana benda tu aku cari tak jumpa.[hAN pi tAo/ tAN mA.nA b«n.dA tu A.ku tSA.Òi tA/ dZum.pA]Di mana engkau buang benda itu, aku cari tak jumpa.
   2. galak, merenyam.Betina tu merenyau sunggoh, tak buleh jumpa jantan, dia nak tegoq.[b«.ti.nA tu m«.Ò«.øAw suN.goh tA/ bu.leh dZum.pA dZAn.tAn di.jA nA/ t«.g)Ö]Perempuan itu sungguh galak, pantang melihat lelaki, hendak ditegurnya.
sepa[sE.pA]kata namakami, kami semua; saya apa.Nak masok kampong ni jumpa sepa dulu.[nA/ mA.so/ kAm.poN ni dZum.pA sE.pA du.lu]Kalau hendak masuk ke kampung ini, dengan siapakah kami mesti bertemu terlebih dahulu.
saya apa[sA.jA A.pA]kata namakami, kami semua; sepa.Nak masok kampong ni jumpa saya apa dulu.[nA/ mA.so/ kAm.poN ni dZum.pA sA.jA A.pA du.lu]Kalau hendak masuk ke kampung ini, dengan siapakah kami mesti bertemu terlebih dahulu.
laeh[lAEh]kata adjektifletih, daif, selekeh, tidak bermaya.Awat hang ni laeh sangat, saket ka, pi la jumpa dokto.[A.wAt hAN ni lAEh sA.NAt sA.ket kA pi lA dZum.pA d/.t]Kenapa engkau lemah sangat, jika sakit, pergilah berjumpa doktor.
tengelong[t«.N«.loN]kata namasejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tenggelong.Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam.[.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«.N«.loN ti.jAp mA.lAm]Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam.
tenggelong[t«N.g«.loN]kata namasejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tengelong.Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam.[.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«N.g«.loN ti.jAp mA.lAm]Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam.
kelebek[k«.lE.bE/]kata kerjamenyelak dan mencari sambil meneliti sesuatu seperti buku, lipatan pakaian, dompet dan lain-lain dalam jangka waktu yang agak lama.Tang malam dah hang dok kelebek beg tangan tu, takkan tak jumpa lagi paspot mak hang.[tAN mA.lAm dAh hAN do/ k«.lE.bE/ bEg tA.NAn tu tA/.kAn tA/ dZum.pA lA.gi pAs.pot mA/ hAN]Sudah lama kamu mencari-cari dalam beg tangan itu, takkanlah tidak ditemui lagi kad pengenalan emak kamu.

Kembali ke atas