bangsat | [bAN.sAt] | kata kerja | mengembara, merantau, membawa diri, berkelana. | Lama dah aku tak tengok muka hang, hang pi bangsat kat mana? | [lA.mA dAh A.ku tA/ tE.N/ mu.kA hAN hAN pi bAN.sAt kAt mA.nA] | Sudah lama aku tidak berjumpa dengan kamu, kamu pergi mengembara ke mana? |
tok | [to/] | kata nama | ibu kepada bapak atau ibu kepada ibu, nenek. | Masa tok hang beranak kat pak hang, Jepun baru masok. | [mA.sA to/ hAN b«.ÒA.nA/ kAt pA/ hAN dZ«.pun bA.Òu mA.so/] | Pada masa nenek kamu melahirkan ayah kamu, Jepun mula bertapak. |
perasan II | [p«.ÒA.sAn] | kata adjektif | megah, berasa bangga, menunjuk-nunjuk. | Jangan la dok perasan sangat, hak kaya tu pak hang, bukan hang. | [dZA.NAn lA do/ p«.ÒA.sAn sA.NAt hA/ kA.jA tu pA/ hAN bu.kAn hAN] | Janganlah megah sangat, yang kaya itu ayah kamu, bukan kamu. |
capoi II | [tSA.poj] | kata adjektif | suka mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu tetapi berat padahnya, celupar. | Orang tu marah kat hang pasal mulot hang capoi sangat. | [.ÒAN tu mA.ÒA kAt hAN pA.sAj mu.lot hAN tSA.poj sA.NAt] | Orang itu marah kepada kamu kerana mulut kamu celupar sangat. |
ni | [ni] | kata nama | engkau, kamu, awak. | Ni pi mana semalam. | [ni pi mA.nA s«.mA.lAm] | Engkau pergi ke mana semalam? |
hang | [hAN] | kata nama | engkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hampa, hangpa. | Hang pi mana tadi. | [hAN pi mA.nA tA.di] | Engkau pergi ke mana tadi. |
hangpa | [hAN.pA] | kata nama | engkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hang, hampa. | Hangpa pi mana tadi. | [hAN.pA pi mA.nA tA.di] | Engkau pergi ke mana tadi. |
hampa | [ham.pA] | kata nama | engkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hang, hangpa. | Hampa pi mana tadi. | [hAm.pA pi mA.nA tA.di] | Engkau pergi ke mana tadi. |
tak entang | [tA/ En.tAN] | | tak peduli, tidak hormat, tidak endah. | Awat hang tak entang kat pak hang langsong, dia dok tidoq hang buka radio kuat-kuat. | [A.wAt hAN tA/ En.tAN kAt pA/ hAN lAN.soN di.jA do/ ti.dâÖ hAN bu.kA rE.di.jo ku.wAt.ku.wAt] | Mengapa kamu tidak menghormati bapa kamu langsung, dia sedang tidur, kamu memasang radio begitu kuat. |
apa | [A.pA] | kata tugas | kata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian. | Sepa apa tak mau pi mesyorat tu pasai depa kecoh. | [sE.pA A.pA tAk mAw pi m«.So.ÒAt tu pA.sAj dE.pA kE.tSh] | Kami semua tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana mereka menipu. |