Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
het[het]kata namasebab, perkara, hal.Depa bekelai bukan ada het pon.[dE.pA b«.k«.lAj bu.kAn A.dA het pon]Mereka berkelahi tanpa sebarang sebab.
yoi[joj]kata namatanah berlumpur yang diliputi rumput-rampai dan tumbuhan kecil dan berair, biasanya ada ikan darat, berselut, amat gambut dan lembut (selalunya di dalam sawah dan lain-lain).Banyak ikan puyu dengan ruan menyorok kat yoi tu.[bA.øA/ i.kAn pu.ju d«.NAn Òu.wAn m«.ø.ҍ/ kAt joj tu]Banyak ikan puyu dan haruan yang bersembunyi di dalam lumpur itu.
dedak-sredak[d«.dA/.sÒ«.dA/]kata adjektifsaki-baki, sisa.Nak makan nasik malam ni, laok dedak-sredak pon tak dak.[nA/ mA.kAn nA.si/ mA.lAm ni lA.wo/ d«.dA/.sÒ«.dA/ pon tA/ dA/]Tidak ada saki-baki lauk pun untuk dimakan bersama-sama dengan nasi malam ini.
tekodok[t«.k.d/]kata adjektifterasa malu dan termonyeh-monyeh (kerana sesuatu kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku).Dia tekodok pasai orang hak dia dok kata tu ada kat belakang dia.[di.jA t«.k.d/ pA.sAj .ÒAN hA/ di.jA do/ kA.tA tu A.dA kAt b«.lA.kAN di.jA]Dia terasa malu kerana tidak menduga orang yang dicercanya itu berada di belakangnya.

Kembali ke atas