celong | [tS«.loN] | kata nama | 1. kandang yang sempit untuk menempatkan kanak-kanak yang belum boleh berjalan. Pada masa ini, alat ini dipasang roda untuk membolehkan kanak-kanak berjalan. | Jangan biaq lama sangat adek dalam celong tu, nanti lengoh. | [dZA.NAn bi.jAâÖ lA.mA sA.NAt A.de/ dA.lAm tS«.loN tu nAn.ti l«.Nh] | Jangan dibiarkan adik terlalu lama di dalam celung itu, nanti dia keletihan. |
| | | 2. cekap berjalan bagi kanak-kanak selepas bertatih. | Budak tu umok setaon dah cedaeh bejalan. | [bu.dA/ tu u.mâÖ s«.tAon dAh tS«.dAEh b«.dZA.lAn] | Meskipun berusia setahun, kanak-kanak itu sudah cekap berjalan. |
takteh | [tA/.tEh] | kata adjektif | berkenaan cara berjalan selangkah-selangkah (tentang kanak-kanak). | Awat lama sangat anak hang ni baru takteh, baya dia buleh belari dah. | [A.wAt lA.mA sA.NAt A.nA/ hAN ni bA.Òu tA/.tEh bA.jA di.jA bu.leh b«.lA.Òi dAh] | Mengapa lama sangat anak engkau ini baru belajar berjalan, sedangkan kanak-kanak yang sebaya dengannya sudah pandai berlari. |
jemuan | [dZ«.mu.wAn] | kata adjektif | berkenaan kanak kanak yang sangat nakal (kiasan). | Budak tu jemuan sunggoh tak buleh orang lepa sikit duet pecah pon dia kebaeh. | [bu.dA/ tu dZ«.mu.wAn suN.goh tA/ bu.leh .ÒAN l«.pA si.kit du.wet p«.tSAh pon di.jA k«.bAEh] | Budak itu sangat nakal, pantang orang leka sedikit, duit syiling pun dikebasnya. |
hantap | [hAn.tAp] | kata adjektif | berkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; antap. | Baru tiga bulan, anak hang ni hantap sunggoh. | [bA.Òu ti.gA bu.lAn A.nA/ hAN ni hAn.tAp suN.goh] | Walaupun baru tiga bulan, tubuh anak engkau ini montel sungguh. |
antap | [An.tAp] | kata adjektif | berkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; hantap. | Baru tiga bulan, anak hang ni antap sunggoh. | [bA.Òu ti.gA bu.lAn A.nA/ hAN ni An.tAp suN.goh] | Walaupun baru tiga bulan, tubuh anak engkau ini montel sungguh. |
perap | [p«.ÒAp] | kata kerja | meminta sesuatu dengan memaksa (kanak-kanak), merengek untuk mendapatkan sesuatu; memerap. | Bakak dok perap kat pak dia nak gerek baru. | [bA.kA)Ö do/ p«.ÒAp kAt pA/ di.jA nA/ gE.ÒE/ bA.Òu] | Bakar sedang merengek kepada bapanya hendakkan basikal baru. |
memerap | [m«.m«.ÒAp] | kata kerja | meminta sesuatu dengan memaksa (kanak-kanak), merengek untuk mendapatkan sesuatu; perap. | Bakaq dok memerap kat pak dia nak gerek baru. | [bA.kA)Ö do/ m«.m«.ÒAp kAt pA/ di.jA nA/ gE.ÒE/ bA.Òu] | Bakar sedang merengek kepada bapanya hendakkan basikal baru. |
en | [Eân] | kata nama | kata-kata halus untuk maksud kemaluan kanak-kanak perempuan. | | | |
cekop tiang | [tS«.kop ti.jAN] | kata nama | sejenis permainan kanak-kanak, iaitu (mendakap) tiang yang bilangannya kurang daripada bilangan pemain. (Misalnya empat tiang untuk direbut oleh lima orang pemain). | Genap-genap kali maen cekop tiang, Dogoi seluloi kalah pasai dia lekeh sikit. | [g«.nAp.g«.nAp kA.li mAen tS«.kop ti.jAN d.gj se.lu.loj kA.lAh pA.sAj di.jA lE.kEh si.kit] | Setiap kali bermain cekup tiang, Dogol selalu kalah kerana dia agak lembap. |