betekap | [b«.t«.kAp] | kata kerja | membuat sesuatu kerja dengan penuh perhatian dan ketekunan, dan lain-lain sehingga selesai. | Bila dia betekap buat kreja, dengan sapa pon dia tak becakap dah. | [bi.lA di.jA b«.t«.kAp bu.wAt kÒ«.dZA d«.NAn sA.pA pon di.jA tA/ b«.tSA.kAp dAh] | Apabila dia bertekun membuat sesuatu kerja, dia tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. |
menangkap | [m«.nAN.kAp] | kata kerja | mengambil udara dengan cara menimbulkan kepala di permukaan air (ikan). | Menangkap sunggoh ikan dalam petak tu, jom kita balek ambek bok kael. | [m«.nAN.kAp suN.goh i.kAn dA.lAm pE.tA/ tu tSom ki.tA bA.le/ Am.be/ b/ kAel] | Ikan-ikan dalam sawah itu galak melompat. Ayuh kita pulang mengambil kail. |
cemerekap | [tS«.m«.Ò«.kAp] | kata adjektif | berkenaan membuat pekerjaan, perbuatan dan lain-lain dengan tidak cermat, gopoh, kasar; jelangaq. | Dia tu kalu buat kreja cemerekap, pasai itula orang tak bagi kreja kat dia. | [di.jA tu kA.lu bu.wAt kÒ«.dZA tS«.m«.Ò«.kAp pA.sAj tu.lA .ÒAN tA/ bA.gi kÒ«.dZA kAt di.jA] | Dia tidak cermat membuat kerja, sebab itulah orang tidak memberi kerja kepadanya. |
pelet I | [pE.lEt] | kata kerja | bercakap dengan sebutan tidak sempurna. | Anak hang ni dah besaq pon cakap pelet lagi. | [A.nA/ hAN ni dAh b«.sA)Ö pon tSA.kAp pE.lEt lA.gi] | Anak kamu ini sudah besar pun masih bercakap tak terus lagi. |
pukai II | [pu.kAj] | kata adjektif | berkenaan ucapan, percakapan dan sebagainya yang bernas, berisi, tepat dan canggih. | Ustad tu cakap pukai sunggoh, apa hak dia kata semua betoi. | [us.tAd tu tSA.kAp pu.kAj suN.goh A.pA hA/ di.jA kA.tA s«.mu.wA b«.toj] | Ucapan ustaz itu sungguh bernas, apa yang diperkatakannya itu semuanya tepat dan betul. |
beat | [bE.At] | kata adjektif | degil dan suka membantah terhadap sesuatu perkara. | Beat sunggoh dia tu, suka bantah cakap mak pak dia. | [bE.At suN.goh di.jA tu su.kA bAn.tAh tSA.kAp mA/ pA/ di.jA] | Degil sungguh dia, suka membantah kata ibu bapanya. |
asaq | [A.sAâÖ] | kata nama | tenaga, kudrat, usaha atau upaya seseorang. | Kalu harap kat asaq hang, tak buleh tangkap lagila krebau tu. | [kA.lAw hA.ÒAp kAt A.sAâÖ hAN tA/ bu.leh tAN.kAp lA.gi.lA kÒ«.bAw tu] | Kalau mengharapkan tenaga engkau, kerbau itu belum boleh ditangkap lagi. |
peleting | [p«.l«.tiN] | kata kerja | mencuri, membohong, memperdaya, menipu. | Man Gebang hak suka peleting orang tu dah kena tangkap. | [mAn gE.bAN hA/ su.kA p«.l«.tiN .ÒAN tu dAh k«.nA tAN.kAp] | Osman gebang yang selalu menipu orang itu sudah ditangkap polis. |
tak betadong | [tA/ b«.tA.doN] | | ada kena-mengena atau bersangkutan dengan perkara yang sedang dibahas atau diperkatakan. | Benda hak Mat Dereh cakap tu tak betadong dengan kampong kita. | [b«n.dA hA/ mAt d«.Òeh tSA.kAp tu tA/ b«.tA.doN d«.NAn kAm.poN ki.tA] | Perkara yang diceritakan oleh Mat Deris itu tidak ada kena mengena dengan kampung kita. |
ketuloi | [k«.tu.loj] | kata nama | ketua pada peringkat cawangan sesuatu kumpulan jahat. | Bila ketuloi besaq tu kena tangkap, habeh la becempera anak buah dia. | [bi.lA k«.tu.loj b«.sA)Ö tu k«.nA tAN.kAp hA.beh lA b«.tS«m.p«.ÒA A.nA/ bu.wAh di.jA] | Apabila ketuanya kena tangkap, habislah bertempiaran ahli-ahli kumpulannya. |