layoq | [lA.j)Ö] | kata adjektif | menunjuk-nunjuk diri, menyanjung-nyanjung diri, tayang diri. | Jangan dok layoq kat aku, aku tau sapa hang. | [dZA.NAn do/ lA.j)Ö kAt A.ku A.ku tAw sA.pA hAN] | Janganlah menunjuk-nunjuk kepada saya, saya tahu siapa engkau. |
lorat | [l.ÒAt] | kata adjektif | suka bertanya atau mengambil tahu hal orang lain. | Yang hang lorat sangat kat aku pasai apa? | [jAN hAN l.ÒAt sA.NAt kAt A.ku pA.sAj A.pA] | Mengapa kamu suka ambil tahu tentang diriku? |
kenen | [kE.nEn] | kata kerja | menujukan perkataan kepada seseorang tetapi dengan cara mengiaskannya kepada orang lain, sindir. | Aku tau, dia bukan nak kata kat Mat, tapi nak kenen kat aku. | [A.ku tAw di.jA bu.kAn nA/ kA.tA kAt mAt tA.pi nA/ kE.nEn kAt A.ku] | Aku tahu, dia bukan hendak menujukan kata-katanya kepada Mat tapi menyindir aku. |
tak sede | [tA/ sE.dE] | | tak peduli, tidak apa, tak acuh. | Pueh aku nasehat kat dia, tapi dia buat tak sede saja. | [pu.wAEh A.ku nA.sE.hAt kAt di.jA tA.pi di.jA bu.wAt tA/ sE.dE sA.dZA] | Puas aku menasihatinya tetapi dia buat tidak peduli pun. |
jeromoh | [dZ«.Ò.mh] | kata kerja | tersua, terserempak, bertembung tanpa diduga antara satu dengan yang lain, jerempak; jerembap. | Tadi aku jeromoh dengan dia kat pekan. | [tA.di A.ku dZ«.Ò.mh d«.NAn di.jA kAt p«.kAn] | Aku terserempak dengannya di pekan tadi. |
merapak | [m«.ÒA.pA/] | kata adjektif | berkenaan bunyi yang riuh rendah, rancak. | Apa bunyi merapak kat luaq tu, aku nak tidoq pon tak buleh. | [A.pA bu.øi m«.ÒA.pA/ kAt lu.wA)Ö tu A.ku nA/ ti.d)Ö pon tA/ bu.leh] | Apa bunyi riuh rendah di luar tu, aku hendak tidur pun tak boleh. |
bengang | [b«.NAN] | kata adjektif | bosan tidak selesa, tidak seronok dengan sesuatu situasi. | Aku dah naek bengang dok kat sini, haram satu pon tak jadi. | [A.ku dAh nAE/ b«.NAN do/ kAt si.ni hA.ÒAm sA.tu pon tA/ dZA.di] | Aku berasa bosan di sini, apa-apa kerja pun tidak menjadi. |
bangsat | [bAN.sAt] | kata kerja | mengembara, merantau, membawa diri, berkelana. | Lama dah aku tak tengok muka hang, hang pi bangsat kat mana? | [lA.mA dAh A.ku tA/ tE.N/ mu.kA hAN hAN pi bAN.sAt kAt mA.nA] | Sudah lama aku tidak berjumpa dengan kamu, kamu pergi mengembara ke mana? |
lan | [lAn] | kata adjektif | berkenaan rasa jijik dan meloyakan apabila melihat sesuatu yang kotor, (umpamanya nanah, muntah dan lain-lain), muak, jijik; damuih. | Aku rasa lan nak makan kat kedai tepi paret tu. | [A.ku ÒA.sA lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj t«.pi pA.Òet tu] | Aku berasa jijik hendak makan di kedai tepi parit itu. |
bandaq ayaq | [bAn.dAâÖ A.jAâÖ] | | saliran air yang terdapat di antara sawah dan sungai, tali air kecil. | Bendang aku dah dua hari kerin, depa katop bandaq ayaq kat ataeh nu. | [b«n.dAN A.ku dAh du.wA hA.Òi k«.Òin dE.pA kA.top bAn.dAâÖ A.jAâÖ kAt A.tAEh nu] | Sawah aku sudah dua hari kering kerana mereka menutup saliran air di sebelah atas sana. |