Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
roplah[ҍp.lAh]kata adjektifserba salah, gelisah, cemas; ropelah.Sepa tengok hang ni ropelah saja, tunggu keputusan pereksa.[sE.pA tE.N/ hAN ni ҍp.lAh sA.dZA tuN.gu k«.pu.tu.sAn p«.Òe/.sA]Kami lihat kamu sentiasa gelisah semasa menunggu keputusan peperiksaan.
ropelah[Òo.p«.lAh]kata adjektifserba salah, gelisah, cemas; roplah.Sepa tengok hang ni ropelah saja, tunggu keputusan pereksa.[sE.pA tE.N/ hAN ni Òo.p«.lAh sA.dZA tuN.gu k«.pu.tu.sAn p«.Òe/.sA]Kami lihat kamu sentiasa gelisah semasa menunggu keputusan peperiksaan.
relah[Ò«.lAh]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti kain yang pecah, terkoyak, putus.Baju hak tu sempet dah, hang jangan pakai nanti relah.[bA.dZu hA/ tu s«m.pet dAh hAN dZA.NAn pA.kAj nAn.ti Ò«.lAh]Baju itu sudah sempit, engkau jangan pakai, nanti terkoyak.
darang[dA.ÒAN]kata nama1. lubang tempat tinggal landak.Bakaqla sampah kat muka darang belah sini, sat ni landak merojoi keluaq belah sana.[bA.kAâÖ.lA sAm.pAh kAt mu.kA dA.ÒAN b«.lAh si.ni sAt ni lAn.dA/ m«.Òo.dZoj k«.lu.wAâÖ b«.lAh sA.nA]Bakarlah sampah di muka darang sebelah sini kelak landak akan keluar sebelah sana.
cang[tSAN]kata namabahagian atau permukaan yang lebih kecil pada sebuah gendang silat, daripada kulit lembu. Bahagian yang besar dipanggil bam.Bunyi gendang belah cang tu deraeh, bunyi gendang belah bam pelan sikit.[bu.øi g«n.dAN b«.lAh tSAN tu d«.ÒAeh bu.øi g«n.dAN b«.lAh bAm p«.lAn si.kit]Bunyi gendang di bahagian cang lebih kuat daripada bahagian bam.
umpok[um.po/]kata namabahagian seseorang.Umpuk kreja hak hang kena belah sana.[um.po/ kÒ«.dZA hA/ hAN k«.nA b«.lAh sA.nA]Bahagian kerja yang engkau kena buat, di sebelah sana.
makloh[mA/.lh]kata namagelaran kepada orang yang baru memeluk agama Islam, mualaf, saudara baru.Salah satu kreja PERKIM kena bantu makloh.[sA.lAh sA.tu kÒ«.dZA p«r.kim k«.nA bAn.tu mA/.lh]Salah satu daripada tugas PERKIM ialah membantu saudara-saudara baru.
torok[t.r/]kata namapusingan dalam permainan sole.Terok betoi puak tu maen, kalah sampai lima torok.[t«.Òo/ b«.toj pu.wA/ tu mAen kA.lAh sAm.pAj li.mA t.r/]Lemah benar pasukan itu bermain sole, kalah hingga lima pusingan.
segagan[gA.gAn]kata adjektifsebaya, sepadan, sama besar.Budak-budak Taon Satu sekolah ni nampak segagan saja.[bu.dA/.bu.dA/ tAon sA.tu s«.ko.lAh ni nAm.pA/ s«.gA.gAn sA.dZA]Budak-budak Tahun Satu sekolah ini kelihatan sebaya saja.
otek[.tE/]kata kerjaberansur-ansur, sedikit demi sedikit (dalam menyimpan wang, perjalanan, belajar dan sebagainya).La ni dia kalah, sat lagi dia otek menang balek.[lA ni di.jA kA.lAh sAt lA.gi di.jA .tE/ m«.nAN bA.le/]Sekarang ini dia kalah, sebentar lagi dia akan beransur-ansur menang.
12

Kembali ke atas