Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.

 

Lihat selanjutnya...(93)

436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nala[nA.lA]kata adjektifbesar, hebat, sangat besar.Dia kaya dalam kampong ni, tak heran la mokalu rumah dia nala punya besaq.[di.jA kA.jA dA.lAm kAm.poN ni tA/ hE.ÒAn lA m.kA.lu Òu.mAh di.jA nA.lA pu.øA b«.sA)Ö]Dia kaya dalam kampung ini dan tidak hairanlah jika rumahnya terlalu besar.
perasan II[p«.ÒA.sAn]kata adjektifmegah, berasa bangga, menunjuk-nunjuk.Jangan la dok perasan sangat, hak kaya tu pak hang, bukan hang.[dZA.NAn lA do/ p«.ÒA.sAn sA.NAt hA/ kA.jA tu pA/ hAN bu.kAn hAN]Janganlah megah sangat, yang kaya itu ayah kamu, bukan kamu.
juah[dZu.wAh]kata adjektifberlagak sombong, angkuh dan megah (kerana sesuatu kelebihan yang dimiliki).Mokalu hang anak orang kaya, jangan tunjok juah sangat kat orang.[m.kA.lu hAN A.nA/ .ÒAN kA.jA dZA.NAn tun.dZo/ dZu.wAh sA.NAt kAt .ÒAN]Kalaupun engkau anak orang kaya, janganlah berlagak sangat.
segok[sE.g/]kata adjektifmalu, segan, janggal, serba tak kena.Aku segok nak pi rumah dia pasai dia tu orang kaya.[A.ku sE.g/ nA/ pi Òu.mAh di.jA pA.sAj di.jA tu .ÒAN kA.jA]Aku segan nak pergi ke rumahnya kerana dia orangnya kaya.
bretoh[bÒ«.toh]kata kerjabergesel, bersentuh, berlaga, berlanggar (biasanya dengan tidak sengaja).Amboi sombong sunggoh orang kaya baru tu, sampai bretoh bahu pon dia tak tegoq.[Am.boj som.bong suN.goh .ÒAN kA.jA bA.Òu tu sAm.pAj bÒ«.toh bA.hu pon di.jA tA/ t«.gâÖ]Amboi, sombong benar orang kaya baru itu, bergesel bahu pun tidak ditegurnya.
ngok-ngok[N/.N/]kata kerjaberjalan sambil kepala tertunduk-tunduk, terbongkok-bongkok.Sapa lagi, mokalu bejalan ngok-ngok tu saheh la Tok Man Kaya![sA.pA lA.gi m.kA.lu b«.dZA.lAn N/.N/ tu sA.heh lA to/ mAn kA.jA]Siapa lagi, jika berjalan sambil kepala tertunduk-tunduk, tentulah Tok Man Kaya.

Kembali ke atas