Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belut pulang ke lumpur.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(314)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
teketek-teketek[t«.kE.tE/.kE.tE/]kata adjektifberkenaan berjalan yang perlahan-lahan, setapak demi setapak, (seperti kanak-kanak baru belajar berjalan, cara berjalan orang kerdil), terkedek-kedek.Si Katek tu bejalan teketek-ketek macam itik.[si kA.te/ tu b«dZA.lAn t«.kE.tE/.kE.tE/ mA.tSAm i.te/]Si Katik itu berjalan terkedek-kedek seperti itik.
yoya[jo.jA]kata kerjaberpeleseran, merambu ke sana ke mari tanpa tujuan.Dah besaq panjang lagu tu pon asyek dok yoya sana sini, haram nak tulong mak pak.[dAh b«.sA)Ö pAn.dZAN lA.gu tu pon A.Se/ do/ jo.jA sA.nA si.ni hA.ÒAm nA/ tu.loN mA/ pA/]Sudah dewasa pun masih lagi berpeleseran ke sana ke mari, malas hendak menolong ibu bapa.
wangwing[wAN.wiN]kata kerjamelilau, ke hulu ke hilir, berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.Budak-budak lepak tu suka dok wangwing kat stesyen baeh.[bu.dAk.bu.dA/ lE.pA/ tu su.kA do/ wAN.wiN kAt stE.SEn bAEh]Remaja yang melepak itu sering mundar-mandir di stesen bas.
melewaq[m«.lE.wA)Ö]kata kerjamerayau, berkeliaran, berjalan ke sana ke mari (manusia, burung dan lain-lain); kelewar.Awat la mak pak depa dok biaq anak-anak depa dok melewaq tak tentu masa kat kompleks beli-belah tu.[A.wAt lA mA/ pA/ dE.pA do/ bi.jA)Ö A.nA/.A.nA/ dE.pA do/ m«.lE.wA)Ö tA/ t«n.tu mA.sA kAt kom.pleks b«.li.b«.lAh tu]Kenapa ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berkeliaran tidak tentu masa di kompleks membeli-belah itu.
kelewaq[k«.lE.wA)Ö]kata kerjamerayau, berkeliaran, berjalan ke sana ke mari (manusia, burung dan lain-lain); melewaq.Apa depa buat dok kelewaq tang tu?[A.pA dE.pA bu.wAt do/ k«.lE.wA)Ö tAN tu]Mengapa mereka merayau-rayau di tempat itu.
menyabong[m«.øA.boN]kata kerjameniarap dengan mengangkat kedua-dua baki dari bahagian lutut ke bawah atau ke atas.Orang tua-tua kata, sapa gemaq menyabong mak dia lekaeh mati.[.ÒAN tu.wA.tu.wA kA.tA.sA.pA g«.mA)Ö m«.øA.boN mA/ di.jA l«.kAEh mA.ti]Kata orang tua-tua, sesiapa suka meniarap dengan kaki ke atas kononnya emaknya cepat mati.
nyong[øN]kata kerjaberjalan terus (beredar atau pergi) tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan.Mak dia pangge pon dia tak peduli, dia pi nyong jugak.[mA/ di.jA pAN.gE pon di.jA tA/ p«.du.li di.jA pi øN dZu.gA/]Panggilan emaknya tidak dipeduli, dia terus pergi juga.
kecong[kE.tSoN]kata namasejenis bakul tanpa bingkai yang dianyam daripada mengkuang (biasanya digunakan untuk menyimpan barang-barang dapur).Beraeh hak dah tampi dia buboh kat kecong.[b«.ÒAEh hA/ dAh tAm.pi di.jA bu.boh kAt kE.tSoN]Beras yang sudah bertampi itu dimasukkan ke dalam kecung.
ketubong[k«.tu.boN]kata kerjamenghurung, mengerumuni (tentang serangga).Kerebau tu mencalai pasai kena ketubong dengan tebuan.[k«.Ò«.bAw tu m«.tSA.lAj pA.sAj k«.nA k«.tu.boN d«.NAn t«.bu.wAn]Kerbau tu berlari ke sana ke mari sebab dihurung dan disengat tebuan.
ketang kedada[ke.tAN k«.dA.dA] memakai kain setakat paras dada, berkemban.Minah ketang kedada bila nak pi mandi kat telaga.[mi.nAh ke.tAN k«.dA.dA bi.lA nA/ pi mAn.di kAt t«.lA.gA]Minah berkemban apabila pergi mandi di telaga.
12345678910...

Kembali ke atas