Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu/] | کبوق

Definisi : 1. alat utk membuat laksa; 2. sj kepuk yg mengandungi piston atau omboh (pd enjin kereta); 3. ruang atau rongga tertutup; ~ awan (Fiz) sj radas yg mengandungi udara yg tepu lampau dgn wap (lazimnya alkohol) dan digunakan utk mengkaji zarah asas sesuatu bahan radioaktif; ~ jantung (Bio) ruang dlm jantung tempat darah berkumpul (ada empat kebuk pd jantung manusia); ~ pengionan (Fiz) sj radas yg berisi gas pd tekanan rendah, me­ngandungi dua elektrod (terdapat voltan tinggi di antara kedua-duanya), dan diguna­kan utk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan; ~ wasap (Kim) sj kebuk yg dibina di dlm makmal dan digunakan sbg tempat utk menjalankan eskperimen yg menggu­nakan atau membebaskan bahan atau gas beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu/] | کبوق

Definisi : 1 liang yg dipasangi omboh (di dlm enjin kereta). 2 tabung atau kayu berongga utk membuat laksa. 3 ruang atau rongga tertutup. ~ awan ist alat yg digunakan utk mengkaji pelbagai fenomena berkaitan radioaktif. ~ wasap ist kebuk yg digunakan sbg tempat utk menjalankan uji kaji makmal yg menggunakan atau membebaskan gas beracun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebuk


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gebok[g«.b/]kata namasejenis alat yang berbentuk bulat panjang (daripada tembaga, kayu) untuk membuat (laksa, putu mayam, mi, cendol dan lain-lain), kebuk.Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun.[lA/.sA b«.ÒAEh hA/ bu.wAt d«.NAn g«.b/ l«.beh s«.dAp pA.dA lA/.sA bi.hun]Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun.

Kembali ke atas