Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن

Definisi : 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن

Definisi : = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hairan
1. Bersinonim dengan aneh
( ganjil, pelik, luar biasa, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kagum
( takjub, terpesona, terkejut, terperanjat, kaget, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghairankan, terhairan-hairan, kehairanan,

Peribahasa

Seperti rusa masuk kampung.

Bermaksud :

Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
wahwah[wAh.wAh]kata adjektifterpinga-pinga, kehairanan.Bila baeh tinggai dia, dia tak tau nak buat apa dah, cuma bediri wahwah saja.[bi.lA bAEh tiN.gAj di.jA di.jA tA/ tAw nA/ bu.wAt A.pA dAh tSu.mA b«.di.Òi wAh.wAh sA.dZA]Bila dia ditinggalkan oleh bas, dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya, cuma terpinga-pinga sahaja.
kelippok[k«.lip.p/]kata kerjapejam celik berulang kali (kerana terperanjat, kehairanan, ketakutan atau bersikap acuh tak acuh), terkebil-kebil, terkedip-kedip.Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja.[mA.sA mA/ di.jA do/ b«.lE.ti.jA)Ö mA.tA di.jA do/ k«.lip.p/.k«.lip.p/ sA.dZA]Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali.

Kembali ke atas