[ke.ja.dian] | کجادين
Definisi : 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ja.dian] | کجادين
Definisi : 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)