Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : nama sj palma yg buahnya berkulit tebal, bertempurung dan isinya dpt dibuat minyak; nyiur, Cocos nucifera. ~ bali (sawit) nama sj palma yg buahnya kecil-kecil dan isinya dpt dibuat minyak, Elaeis guineensis. ~ gading kelapa yg kulit buahnya dan pelepahnya berwarna kekuning-kuningan (pokoknya rendah saja). ~ kering isi kelapa yg telah dijemur sampai kering utk dibuat minyak. ~ parut isi kelapa yg sudah diparut atau dikukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelapa (kata nama)
Bersinonim dengan nyiur, kerambil, piasau, kelambir.,

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Kelapa muda tak berminyak.

Bermaksud :

Orang muda yang belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kumbul[kum.bul]kata namatumbung kelapa, (kecambah dalam buah kelapa yang akan bertunas); kumboi.Nyoq tu kumboi besak dah, santan tak dapat banyak.[ø)Ö tu kum.bul b«.sA)Ö dAh sAn.tAn tA/ dA.pAt bA.øA/]Tumbung kelapa itu sudah besar, santannya tidak banyak diperoleh.
kumboi[kum.boj]kata namatumbung kelapa, (kecambah dalam buah kelapa yang akan bertunas); kumbul.Nyoq tu kumboi besak dah, santan tak dapat banyak.[ø)Ö tu kum.boj b«.sA)Ö dAh sAn.tAn tA/ dA.pAt bA.øA/]Tumbung kelapa itu sudah besar, santannya tidak banyak diperoleh.
   2. sejenis alat daripada besi atau nibung untuk mengopek kelapa. Alat ini dicacak kukuh di tanah dengan matanya ke atas. Buah kelapa ditekan di mata cop untuk memisahkan sabut daripada tempurungnya.Kalu nak kopek nyoq banyak-banyak cop lebeh cepat dari pakai golok.[kA.lu nA/ k.pE/ øâÖ bA.øA/.bA.øA/ tSp l«.beh tS«.pAt dA.Òi pA.kAj g.l/]Kalau hendak mengopek kelapa yang banyak, lebih cepat menggunakan cop daripada golok.
   2. takikan di batang pokok (kelapa dan sebagainya) atau tanah curam untuk dijadikan atau memudahkan orang memanjatnya.Dia senang panjat pokok nyoq tu pasai ada takah.[di.jA s«.nAN pAn.dZAt p.k/ ø)Ö tu pA.sAj A.dA tA.kAh]Dia senang memanjat pokok kelapa itu kerana ada takah pada batangnya.
lerang[lE.ÒAN]kata namabahagian tandan kelapa tempat bergantung buah atau putik.Depa guna parang nak kerat lerang biaq nyoq tu lepaeh dari tandan dia.[dE.pA gu.nA pA.ÒAN nA/ k«.ÒAt lE.ÒAN bi.jA)Ö ø)Ö tu l«.pAEh dA.Òi tAn.dAn di.jA]Mereka menggunakan parang untuk memotong lerang supaya kelapa itu bercerai daripada tandannya.
kelungkoq[k«.luN.k)Ö]kata namapangkal pelepah kelapa dan lain-lain.Mokalu tak dak kayu api, kelungkoq nyoq pon buleh guna buat masak.[m.kA.lu tA/ dA/ kA.ju A.pi k«.luN.k)Ö ø)Ö pon bu.leh gu.nA bu.wAt mA.sA/]Jika tiada kayu api, pangkal pelepah kelapa pun boleh digunakan untuk memasak.
kukut[ku.kut]kata kerjamenanggalkan (mengeluarkan, mengikis, mengeruk) bahagian permukaan sesuatu seperti jalan, tanah, isi kelapa muda, isi buah tal dan lain-lain.Dia kukut nyoq muda nak buat ayaq isi.[di.jA ku.kut ø)Ö mu.dA nA/ bu.wAt A.jA)Ö i.si]Dia mengeruk isi kelapa muda untuk dibuat air isi.
puruih[pu.Òuih]kata namalidi (kelapa).Depa dok kerat purus nak buat cucuk sate.[dE.pA do/ k«.ÒAt pu.Òuih nA/ bu.wAt tSu.tSu/ sA.te]Mereka sedang mengerat lidi untuk dibuat cucuk sate.
ayaq isi[A.jAâÖ i.si] minuman daripada air kelapa muda dan isinya yang dicampur dengan sedikit gula.   
bantot I[bAn.tot]kata namaikan sumbat (intinya cili, garam, kelapa, daun kunyit, asam, lada dan sebagainya) yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar.   
12

Kembali ke atas