Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pinjoi[pin.dZoj]kata kerja1. bengkak, benjol.Dahi dia pinjul kena tumbok kawan dia.[dA.hi di.jA pin.dZoj k«.nA tum.bo/ kA.wAn di.jA]Dahinya benjol kena tumbuk kawannya.
tak ketahuan[tA/ k«.tA.hu.wAn] 1. tidak tentu, sembarangan, kurang pasti.Masok kampong orang jangan buat tak ketahuan, satni kena kayu tiga tengah dua.[mA.so/ kAm.poN .ÒAN dZA.NAn bu.wAt tA/ k«.tA.hu.wAn sAt.ni k«.nA kA.ju ti.gA t«.NAh du.wA]Masuk ke kampung orang jangan sembarangan, nanti kena pukul.
rap[ÒAp]kata adjektif1. sudah siap dikerjakan atau disiapkan untuk ditanami.Kita kena rap bendang kita ari Rabu depan, pasai depa nak tanam sekali pakai mesen.[ki.tA k«.nA ÒAp b«n.dAN ki.tA A.Òi ÒA.bu d«.pAn pA.sAj dE.pA nA/ tA.nAm s«.kA.li pA.kAj me.sen]Kita mesti menyiapkan bendang kita pada hari Rabu depan, kerana kerja-kerja penanaman padi akan dijalankan serentak dengan mesin.
gerengau[g«.Ò«.NAw]kata kerja1. mencakar (dengan kuku).Muka adek dia becalaq kena gerengau kucin.[mu.kA A.de/ di.jA b«.tSA.lAâÖ k«.nA g«.Ò«.NAw ku.tSin]Muka adiknya bercalar kerana dicakar oleh kucing.
pederaeh I[p«.d«.ÒAEh]kata kerja1. ulang baca, ulang kaji, percepat.Hang kena rajen pederaeh selalu, baru hang lancaq baca quran tu.[hAN k«.nA ÒA.dZen p«.d«.ÒAEh s«.lA.lu bA.Òu hAN lAn.tSA)Ö bA.tSA qur.An tu]Engkau mesti rajin mengulang bacaannya selalu, barulah lancar membaca al-Quran.
meliau[m«.li.jAw]kata kerja1. bertambah besar (berkenaan luka dan lain-lain) meroyak.Luka kena parang tu maken meliau pasai dia tak berobat.[lu.kA k«.nA pA.ÒAN tu mA.kin m«.li.jAw pA.sAj di.jA tA/ b«.ҍ.bAt]Luka kerana terkena parang itu semakin membesar kerana tidak diubat.
cop[tSp]kata nama1. sejenis alat untuk menggali tanah, pasir dan lain-lain, penggali.Kalu hang nak buat lubang hang kena guna cop, baru senang.[kA.lu hAN nA/ bu.wAt lu.bAN hAN k«.nA gu.nA tSp bA.Òu s«.nAN]Kalau kamu hendak menggali lubang, lebih mudah menggunakan penggali.
serot[s«.ҍt]kata kerja1. undur atau berjalan arah ke belakang.Pasai deraeh sangat, dia bawak kereta telajak. Lepaeh tu dia kena serot balek pasai nak masok rumah dia.[pA.sAj d«.ÒAEh sA.NAt di.jA bA.wA/ k«.ÒE.tA t«.lA.dZA/ l«.pAEh tu di.j A k«.nA s«.ҍt bA.le/ pA.sAj nA/ mA.so/ Òu.mAh di.jA]Oleh sebab dia memandu terlalu laju, keretanya terlajak dan terpaksa berundur untuk memasuki jalan ke rumahnya.
geret[g«.Òet]kata kerja1. menggigit atau menghabiskan sedikit demi sedikit dengan gigi seperti perbuatan lipas, arnab, tupai dan tikus, kerumit.Habeh kaen baju dalam lemari tu kena geret tikuih.[hA.beh kAen bA.dZu dA.lAm l«.mA.Òi tu k«.nA g«.Òet ti.kuih]Habis musnah pakaian di dalam almari itu dikerumit tikus.

Kembali ke atas