Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Manusia tertarik oleh tanah airnya,
     anjing tertarik oleh piringnya.

Bermaksud :

Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
balan[bA.lAn]kata kerjamenyekat, menghadang atau memotong peluang seseorang untuk kepentingan sendiri.Dia dok sebok balan orang saja, pasai tula semua hak dia buat tak menjadi.[di.jA do/ sE.b/ bA.lAn .ÒAN sA.dZA pA.sAj tu.lA s«.mu.wA hA/ di.jA bu.wAt tA/ m«n.dZA.di]Dia sibuk menghalang peluang orang, sebab itulah semua yang dibuatnya tidak sempurna.

Kembali ke atas