Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar agak cemas atau takut akan ber­lakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bim­bang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun; mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu per­kara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; mengkhuatirkan menyebabkan (menim­bulkan) rasa khuatir, membimbangkan, me­nakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; kekhuatiran perasaan khuatir, kebim­bangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa gelisah kalau-kalau berlaku sesuatu pd diri sendiri atau pd orang lain; bimbang: Ia ~ kerana anaknya yg dikasihi itu belum pulang-pulang. mengkhuatiri khuatir (takut, bimbang) akan sesuatu: Tidak ada apa-apa yg harus dikhuatiri. mengkhuatirkan menimbulkan rasa khuatir; membimbangkan: Kesihatannya ~ kami semua. kekhuatiran perasaan khuatir; kebimbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khuatir (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cemas, gelisah, gusar, resah, bimbang, takut, ragu-ragu, curiga, walang hati, bersusah hati, bersedih hati, dukacita, berhati walang, syak walang, tidak sedap hati;,
Kata Terbitan : mengkhuatiri, mengkhuatirkan, kekhuatiran,

Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselami,
     ini pula air dalam terenang.

Bermaksud :

Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cega[tSE.gA]kata adjektiftakut dan khuatir, curiga.Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu.[A.nA/ dA.ÒA tu tSE.gA dAh nA/ dZA.lAn s.ÒAN.s.ÒAN wA/.tu mA.lAm pA.sAj di.jA pÒ«.nAh k«.nA gAN.gu]Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu.
gayat[gA.jAt]kata adjektiftakut, bimbang atau khuatir tentang ketidakmampuan untuk mengadakan atau melakukan sesuatu, bimbang (kiasan).Dengan duet hak dok ada, aku rasa gayat nak buat kenuri pangge orang ramai.[d«.NAn du.wet hA/ do/ A.dA A.ku ÒA.sA gA.jAt nA/ bu.wAt k«.nu.Òi pAN.gE .ÒAN ÒA.mAj]Dengan wang sebanyak itu, aku berasa bimbang hendak mengadakan kenduri dengan menjemput tetamu yang banyak.

Kembali ke atas