[kiam.bang] | کيامبڠ
Definisi : sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~ ki perihal tidak teguh dan tidak tetap; bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kiam.bang] | کيامبڠ
Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg terapung-apung di air, Lemna spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)