Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laung] | لاءوڠ

Definisi : suara yg kuat (utk memanggil atau menyeru), suara yg nyaring; berlaung = ~ kata sl berucap dgn suara nyaring, berseru; melaung berteriak (memanggil, menyeru) dgn suara yg kuat: sambil memegang tangan adiknya, Ramli cuba ~ dgn sekuat-kuatnya; melaungkan 1. meneriakkan, memanggil­kan: ketika itu Wan Dah ~ supaya jangan dikejar perahu yg lari itu; 2. = melaung-laungkan menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn cara diketahui umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~ peng­gunaan tong sampah; laungan panggilan, teriakan: ~nya itu didengar orang; pelaung 1. = gong ~ sl gong utk meng­himpunkan (mengerahkan, memanggil) orang; 2. = alat ~ alat utk membesarkan suara; sepelaung, sepelaungan sejauh yg boleh didengar teriakan orang, jarak yg agak dekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[laung] | لاءوڠ

Definisi : suara nyaring (utk memanggil, menyeru dsb): Pd ketika itu, terdengar ~ orang meminta tolong. melaung 1 memanggil dgn suara yg kuat dan nyaring: Apabila penghulu yg ~, barulah dia datang. 2 berseru atau berteriak nyaring-nyaring: Engkau tidak perlu ~, aku ada di sisimu. melaungkan meneriakkan sesuatu dgn suara yg nyaring; menyerukan: Beramai-ramai mereka ~ “Hidup Malaysia”. laungan panggilan; teriakan: Kami tidak terdengar akan ~ saudara tadi. pelaung 1 orang yg melaungkan sesuatu. 2 alat yg digunakan utk melaung. sepelaung sejauh terdengarnya laungan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laung
Rujuk :teriak


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
keloi[k«.loj]kata kerjamemanggil, melaung seseorang dengan agak kuat.Dia dah pi jaoh, cepat-cepat keloi dia mai tang ni.[di.jA dAh pi dZAoh tS«.pAt.tS«.pAt k«.loj di.jA mAj tAN ni]Dia sudah pergi jauh, segeralah laung dia datang ke sini.

Kembali ke atas