Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lanyau I[lA.øAw]kata namatanah lembik, lumpur, selut; keleboq, tamboq.Badan kerebau tu penoh lanyau pasai dia baru lepaeh bekubang.[bA.dAn k«.Ò«.bAw tu p«.noh lA.øAw pA.sAj di.jA bA.Òu l«.pAEh b«.ku.bAN]Badan kerbau itu berlumuran lumpur selepas berkubang.
tamboq[tAm.b)Ö]kata namatanah lembik, lumpur, selut; keleboq, lanyau I.Kalu hang mau kreja kat bendang, hang mesti sanggop begelumang tamboq.[kA.lu hAN mAu kÒ«.dZA kAt b«n.dAN hAN m«s.ti sAN.gop b«.g«.lu.mAN tAm.b)Ö]Kalau kamu hendak bekerja di sawah, kamu mesti sanggup bergelumang dengan lumpur.
keleboq[k«.l«.b)Ö]kata namatanah lembik, lumpur, selut; lanyau I, tamboq.Kalu hang mau kreja kat bendang, hang mesti sanggop begelumang keleboq.[kA.lu hAN mAu kÒ«.dZA kAt b«n.dAN hAN m«s.ti sAN.gop b«.g«.lu.mAN k«.l«.b)Ö]Kalau kamu hendak bekerja di sawah, kamu mesti sanggup bergelumang dengan lumpur.
lanyau II[lA.øAw]kata kerjamembuang lumur, mencuci lumpur di dalam telaga.Pak Sidek anak-beranak pakat lanyau telaga depa kat belakang rumah.[pA/ si.de/ A.nA/.b«.ÒA.nA/ pA.kAt lA.øAw t«.lA.gA dE.pA kAt b«.lA.kAN Òu.mAh]Pak Sidek sekeluarga sedang mencuci telaga di belakang rumah.
yoi[joj]kata namatanah berlumpur yang diliputi rumput-rampai dan tumbuhan kecil dan berair, biasanya ada ikan darat, berselut, amat gambut dan lembut (selalunya di dalam sawah dan lain-lain).Banyak ikan puyu dengan ruan menyorok kat yoi tu.[bA.øA/ i.kAn pu.ju d«.NAn Òu.wAn m«.ø.ҍ/ kAt joj tu]Banyak ikan puyu dan haruan yang bersembunyi di dalam lumpur itu.
perak[p«.ÒA/]kata adjektifhairan, tercengang kerana pertama kali melihat sesuatu dan sebagainya.Budak ulu tu baru mai Kwala Lumpoq perak bukan maen.[bu.dA/ u.lu tu bA.Òu mAj kwA.lA lum.p)Ö p«.ÒA/ bu.kAn mAen]Budak kampung itu nampak tercengang-cengang sangat kerana baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur.

Kembali ke atas