Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jenoh[dZ«.nh]kata adjektifbanyak.Kita tak payah bawak bekai, makanan jenoh kat sana.[ki.tA tA/ pA.jAh bA.wA/ b«.kAj mA.kA.nAn dZ«.nh kAt sA.nA]Kita tidak perlu membawa bekalan kerana makanan banyak di sana.
berangkat[b«.ÒAN.kAt]kata kerjamengangkat dan menghidangkan makanan dalam jamuan.Siap laok lekaeh, mentara nak berangkat.[si.jAp lAo/ l«.kAEh m«n.tA.ÒA nA/ b«.ÒAN.kAt]Siapkan lauk dengan segera, tukang angkat hidangan sudah bersedia untuk mengangkat dan menghidangkan makanan.
pekop[p«.kop]kata kerjamenudung sesuatu.Pasai dah tak dak benda laen, dia pekop makanan tu dengan periok.[pA.sAj dAh tA/ dA/ b«n.dA lAen di.jA p«.kop mA.kA.nAn tu d«.NAn p«.Òi.jo/]Oleh sebab tidak ada benda lain, dia menudung makanan itu dengan periuk.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membawa dan menghidang makanan dalam sesuatu majlis jamuan, pelayan.Orang muda-muda elok jadi mentara, depa kuat berulang-alek dari tempat beridang ke balai.[.ÒAN mu.dA.mu.dA E.lo/ dZA.di m«n.tA.ÒA dE.pA ku.wAt b«.Òu.lAN.A.le/ dA.Òi t«m.pAt b«.Òi.dAN k« bA.lAj]Orang mudalah yang elok jadi pelayan, kerana mereka cergas untuk berulang alik dari tempat berhidang makanan ke balai.
   2. makan dengan memasukkan makanan dengan sebanyak-banyaknya dalam mulut (biasanya dengan rakus dan pantas).Dia polok nasik tu sat saja abeh sepinggan bak.[di.jA p.l/ nA.si/ tu sAt sA.dZA A.bEh s«.piN.gAn bA/]Dia memakan nasi itu begitu pantas sehingga habis sepinggan penuh.
ringgi[ÒiN.gi]kata namasejenis makanan ringgan emping padi lembut.   
capcap[tSAp.tSAp]kata adjektifberkenaan makanan yang tidak terlalu berkuah, atau berkenaan sawah yang tidak terlalu banyak airnya, cukup-cukup.Nak bagi sedap masak toyu tu, kuah dia kena capcap saja.[nA/ bA.gi s«.dAp mA.sA/ to.ju tu ku.wAh di.jA k«.nA tSAp.tSAp sA.dZA]Kalau hendak menambahkan sedap masakan berkicap itu, kuahnya hendaklah cukup-cukup sahaja.
pasmbor[pAs.mbr]kata namasejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasembor.   
ganteh I[gAn.teh]kata namasejenis makanan susu (lembu, kerbau) yang dicampur dengan gula pasir dan dimasak hampir kering (biasanya dibuat pencicah atau inti kuih)   
redak II[Ò«.dA/]kata kerjaberlebihan, kelebihan makanan.Kue kat tempat kenuri tu redak pasai semua hak mai bawak kue.[kue kAt t«m.pAt k«.nu.Òi tu Ò«.dA/ pA.sAj s«.mu.wA hA/ mAj bA.wA/ kue]Kuih di tempat kenduri itu berlebihan kerana semua orang yang datang membawa kuih masing-masing.
123

Kembali ke atas