Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : = makan 1 memasukkan sesuatu ke dlm mulut serta dikunyah dan ditelan: Orang Islam diharamkan ~ daging babi. 2 menggunakan atau menghabiskan masa (wang, tenaga dll); mengambil: Pembinaan rumah itu telah ~ masa satu tahun. 3 membuat sesuatu menjadi rosak, haus dll: Mata pisaunya habis dimakan karat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : mengunyah sesuatu dan kemudian menelannya; memasukkan sesuatu ke dlm mulut utk ditelan (dihisap, dikulum dll): Ketika saya sampai, dia sedang ~ nasi. ~ sirih; ~ ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti api memakan lalang kering,
     tiada dapat dipadamkan lagi.

Bermaksud :

Marabahaya yang tak dapat ditolak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kueh[ku.wEh]kata namasejenis tupai kecil yang memakan buah.   
   2. makan dengan memasukkan makanan dengan sebanyak-banyaknya dalam mulut (biasanya dengan rakus dan pantas).Dia polok nasik tu sat saja abeh sepinggan bak.[di.jA p.l/ nA.si/ tu sAt sA.dZA A.bEh s«.piN.gAn bA/]Dia memakan nasi itu begitu pantas sehingga habis sepinggan penuh.
perat[p«.ÒAt]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; kesaq.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau perat badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAw p«.ÒAt bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.
kesaq[k«.sA)Ö]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; perat.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau kesaq badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAu k«.sA)Ö bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.

Kembali ke atas