loceh | [l.tSEh] | kata kerja | menarik sesuatu yang menutupi hingga ke had tertentu (seperti kain, kulit zakar dan sebagainya). | Nak bagi senang loceh kote, masa nak masok jawi, suroh budak tu berendam dalam ayaq. | [nA/ bA.gi s«.nAN l.tSEh k.tE mA.sA nA/ mA.so/ dZA.wi su.Òoh bu.dA/ tu b«.Ò«n.dAm dA.lAm A.jA)Ö] | Untuk memudahkan kemaluan budak itu diloceh sebelum berkhatan, budak itu hendaklah disuruh berendam dalam air dahulu. |
cekoq | [tS«.kâÖ] | kata kerja | menarik urat merih supaya cekang masa dilakukan penyembelihan (kerbau, lembu dan lain-lain) caranya dengan mendongakkan kepala ternakan ke atas. | Masa aku semeleh satni hang tolong cekoq. | [mA.sA A.ku s«.m«.lEh sAt.ni hAN tu.loN tS«.kâÖ] | Semasa aku menyembelih nanti, engkau tolonglah tarik leher supaya kepalanya mendongak ke atas. |
karau | [kA.ÒAw] | kata kerja | 1. menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; kampoi II. | Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan. | [pi tS«.pAt kA.ÒAw wAw tu A.Òi dAh nA/ u.dZAn] | Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan. |
kampoi II | [kAm.poj] | kata kerja | menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; karau. | Lepaeh dia karau tali wau tu, dia kampul kat pot susu. | [l«.pAEh di.jA kA.ÒAw tA.li wAw tu di.jA kAm.poj kAt pt su.su] | Selepas ditarik turun tali layang-layang itu, dililitnya pada tin susu kosong. |
oncat | [n.tSAt] | kata kerja | menaikkan dan menurunkan umpan dalam air, menggerak-gerakkan joran supaya umpan kelihatan seperti melompat-lompat berulang-ulang ketika mengail untuk menarik perhatian ikan ketika mengail. | Kalu kita rajen oncat, baru cepat dapat ikan. | [kA.lu ki.tA ÒA.dZen n.tSAt bA.Òu tS«.pAt dA.pAt i.kAn] | Jika kita selalu meloncat-loncatkan dan menurunkan umpan di permukaan air, barulah cepat mendapat ikan. |