Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuba

Puisi
 

Hendak menjala jala tersangkut,
     Jala baru dikibar juga;
Hendak mencuba hatiku takut,
     Hati takut dicuba juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mendirikan (= menegakkan) benang basah.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gagah[gA.gAh]kata kerjamencuba, berikhtiar dalam keadaan tidak berupaya, menggagahi.Tok wan tak larat jalan dah, tapi dia gagah jugak pi masjed.[to/ wAn tA/ lA.ÒAt dZA.lAn dAh tA.pi di.jA gA.gAh dZu.gA/ pi mAs.dZed]Datuk kurang berdaya namun dia mencuba juga berjalan ke masjid.
tokai[t.kAj]kata kerjamencuba.Hang tokai beniaga kecik-kecik kat pekan nat dulu, tara hang nak bukak kedai besaq.[hAN t.kAj b«.ni.jA.gA k«.tSi/.k«.tSi/ kAt p«.kAn nAt du.lu tA.ÒA hAN nA/ bu.kA/ k«.dAj b«.sA)Ö]Eloklah awak mencuba berniaga kecil-kecilan di pasar sehari sebelum berniaga secara besar-besaran.

Kembali ke atas