Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bang[bAN]kata kerjamemasang telinga, mendengar.Budak ni tak buleh tengok mak pak dia dok sembang, dia dok nak bang saja.[bu.dA/ ni tA/ bu.leh tE.N/ mA/ pA/ di.jA do/ sEm.bAN di.jA do/ nA/ bAN sA.dZA]Setiap kali emak dan ayahnya bercakap dia memasang telinga.
begencok[b«.gEn.tS/]kata kerjamenari, berjoget.Budak ni tak buleh dengaq lagu sedap sikit teruih dia begencok.[bu.dA/ ni tA/ bu.leh d«.NAâÖ lA.gu s«.dAp si.kit t«.Òuih di.jA b«.gEn.tS/]Apabila budak itu mendengar lagu yang sedap sedikit, terus dia menari.
cah[tSAh]kata tugasseruan supaya kerbau berpaling dan bergerak ke kanan.Lepaeh krebau tu dengaq Pak Kob sregah cah, cah, dia pon kona kanan.[l«.pAEh kÒ«.bAw tu d«.NAâÖ pA/ kob sÒ«.gAh tSAh tSAh di.jA pon ko.nA kA.nAn]Apabila kerbau itu mendengar arahan Pak Kob, kerbau itu pun membelok ke kanan.
   2. mengalir (air mata, peluh dan lain-lain) dengan banyaknya (menangis atau bekerja kuat), bercucuran.Bila dia dengaq kata mak dia mati, ayaq mata dia becerau.[bi.lA di.jA d«.NAâÖ kA.tA mA/ di.jA mA.ti A.jAâÖ mA.tA di.jA b«.tS«.ÒAw]Apabila dia mendengar berita kematian ibunya, air matanya bercucuran.
menanak[m«.nA.nA/]kata kerjamenyerbu disebabkan oleh rasa marah, ingin tahu dan sebagainya, meluru, menerpa.Bila dia dengaq anak dia kena tumbok, dia mai menanak cari sapa dia buat.[bi.lA di.jA d«.NA)Ö A.nA/ di.jA k«.nA tum.bo/ di.jA mAj m«.nA.nA/ tSA.Òi sA.pA di.jA bu.wAt]Bila dia mendengar anaknya kena tumbuk, dia datang dengan serta-merta untuk mencari orang yang melakukannya.
   2. datang atau pergi dengan cepat, segera, tergesa-gesa (kiasan), rempuh, langgar.Lepaeh depa dengaq kata mak depa mati, depa langgah pi sampai lupa bawak apa satu.[l«.pAEh d«.pA d«.NA)Ö kA.tA mA/ dE.pA mA.ti dE.pA lAN.gAh pi sAm.pAj lu.pA bA.wA/ A.pA sA.tu]Selepas mendengar kematian emak mereka, mereka bergegas pergi sehingga terlupa membawa apa-apa pun.
conget[tS.NEt]kata kerjamengangkat atau meninggikan bahagian belakang (perahu, benda dan lain-lain) atau ekor (burung, lembut dan lain-lain).Anjin itam tu lari conget ekoq pasai tekejot senapang meletup.[An.dZin i.tAm tu lA.Òi tS.NEt E.kâÖ pA.sAj t«.k«.dZot s«.nA.pAN m«.l«.tup]Anjing hitam itu lari hingga terangkat ekornya kerana terkejut mendengar letupan senapang.

Kembali ke atas