Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tikaq kiau[ti.kA)Ö ki.jAw] sejenis tikar mengkuang yang digunakan untuk kerja-kerja harian.Depa guna tikaq kiau untok jemoq padi.[dE.pA gu.nA ti.kA)Ö ki.jAw un.to/ dZ«.m)Ö pA.di]Mereka menggunakan tikar mengkuang untuk menjemur padi.
beraeh rendang[b«.ÒAEh Ò«n.dAN] anyaman daun mengkuang yang dikemin pada bakul padi mengelilingi bahagian bawah bingkainya.Padi dalam bakoi tu tak penoh, takat beraeh rendang dia saja.[pA.di dA.lAm bA.koj tu tA/ p«.noh tA.kAt b«.ÒAEh Ò«n.dAN di.jA sA.dZA]Padi di dalam bakul itu tidak penuh, tetapi setakat beras rendang sahaja.
kecong[kE.tSoN]kata namasejenis bakul tanpa bingkai yang dianyam daripada mengkuang (biasanya digunakan untuk menyimpan barang-barang dapur).Beraeh hak dah tampi dia buboh kat kecong.[b«.ÒAEh hA/ dAh tAm.pi di.jA bu.boh kAt kE.tSoN]Beras yang sudah bertampi itu dimasukkan ke dalam kecung.

Kembali ke atas