Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sup] | مڽوسوڤ

Definisi : 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sup] | مڽوسوڤ

Definisi : 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susup
Kata Terbitan : menyusup, menyusupkan, kesusupan, penyusupan, penyusup,

Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
akaq menyusup[A.kAâÖ m«.øu.sop] sejenis bentuk gubahan pada kuih kering yang berbentuk “S” pautan dua akar bersilang.Bentok kueh kerin jeneh akaq menyusop ni cantek suson dalam balang.[b«n.to/ kueh k«.Òin dZ«.nEh A.kAâÖ m«.øu.sop ni tSAn.te/ su.son dA.lAm bA.lAN]Kuih kering yang berbentuk akar menyusup ini nampak cantik apabila disusun di dalam balang.
meronot[m«.ҍ.nt]kata kerjamenyusup dengan merangkak (seperti bergerak di bawah rumah yang rendah).Bila nampak tuan kebon tu mai kawaq tu pon lari meronot bawah pagaq.[bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj kA.wA)Ö tu pon lA.Òi m«.ҍ.nt bA.wAh pA.gA)Ö].Apabila ternampak tuan kebun itu datang, pencuri tersebut terus lari.

Kembali ke atas