merah bejehang | [mE.ÒAh b«.dZ«.hAN] | | sangat merah, merah menjahang; merah bejahang. | Depa sapu cat kereta bomba itu sampai merah bejehang. | [dE.pA sA.pu tSAt k«.ÒE.tA bom.bA tu sAm.pAj mE.ÒAh b«.dZ«.hAN] | Mereka mengecat kereta bomba itu sampai terlalu merah. |
merah bejahang | [mE.ÒAh b«.dZA.hAN] | | sangat merah, merah menjahang; merah bejehang. | Depa sapu cat kereta bomba tu sampai merah bejahang. | [dE.pA sA.pu tSAt k«.ÒE.tA bom.bA tu sAm.pAj mE.ÒAh b«.dZA.hAN] | Mereka mengecat kereta bomba itu sampai terlalu merah. |
tembi | [t«m.bi] | kata kerja | menyiku, menyinggung dengan siku. | Dia pi tembi muka budak tu sampai merah. | [di.jA pi t«m.bi mu.kA bu.dA/ tu sAm.pAj mE.ÒAh] | Dia menyiku muka budak tu sampai merah. |
lunyai | [lu.øAj] | kata adjektif | berlumpur, becak. | Jalan tu lunyai pasai lori tanah merah dok ulang-alek tang tu. | [dZA.lAn tu lu.øAj pA.sAj l.Òi tA.nAh mE.ÒAh do/ u.lAN.Ale/ tAN tu] | Jalan itu rosak kerana lori tanah merah berulang-alik melaluinya. |
perelai | [p«.Ò«.lAj] | kata kerja | mengejek, mengajuk, memperli dan seumpamanya dengan tujuan untuk berseloroh, bersenda. Ada juga dengan niat yang jahat, perli. | Merah telinga dia bila kena perelai kawan-kawan, pasai dia takot bini. | [mE.ÒAh t«.li.NA di.jA bi.lA k«.nA p«.Ò«.lAj kA.wAn.kA.wAn pA.sAj di.jA tA.kot bi.ni] | Telinganya menjadi merah kerana diperli dek teman-temannya tentang dia takutkan isteri. |
cabai idop | [tSA.bAj i.dop] | kata nama | cili merah, cili besar atau cili hidup. | | | |
inci | [in.tSi] | kata kerja | berleter, memarahi, menasihati atau menegur kerana terlalu geram atau dendam (biasanya dengan panjang lebar) (kiasan). | Lepaeh keluaq bilek bos, muka dia merah padam pasai dia kena inci dengan bos. | [l«.pAEh k«.lu.wA)Ö bi.le/ bos mu.kA di.jA mE.ÒAh pA.dAm pA.sAj di.jA k«.nA in.tSi d«.NAn bos] | Selepas keluar dari bilik itu, mukanya merah padam kerana dimarahi oleh ketua. |
gabuih | [gA.buih] | kata kerja | 1. mencuci atau menanggalkan kekotoran (yang sedikit) dengan cara menyapu tapak tangan atau kain, lap, kesat, sapu; relaeh. | Dia gabuih habok merah hak lekat kat seluaq dia dengan sapu tangan. | [di.jA gA.buih hA.bo/ mE.ÒAh hA/ l«.kAt kAt s«.lu.wAâÖ di.jA d«.NAn sA.pu tA.NAn] | Dia menanggalkan habuk merah yang melekat di seluarnya dengan menggunakan satu tangan. |
anak kedak | [A.nA/ k«.dA/] | | sejenis ikan darat seperti ikan haruan dan bersirip merah. | | | |
nyeh | [øEh] | kata kerja | menghembuskan hingus melalui hidung (biasanya dengan menutup sebelah lubang hidung dengan jari atau sapu tangan). | Dia demam sesema, pasai tu la dia dok nyeh hingueh sampai merah idong. | [di.jA d«.mAm s«.s«.mA pA.sAj tu lA di.jA do/ øEh hi.Nueh sAm.pAj m«.ÒAh i.doN] | Dia demam selesema, sebab itu dia terpaksa membuang hingusnya berkali-kali sehingga merah hidungnya. |